Masalah dalam Logistik ATM dan Kesan Ke Atas Dasar Pertahanan Negara Malaysia

  • Mohamad Faisol Keling College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Mohamad Hanapi Mohamad College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: angkatan tentera Malaysia, dasar pertahanan negara

Abstract

Pembangunan logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membabitkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dibangunkan semenjak tahun 1957 lagi. Semenjak tahun 1990-an, ATM telah melalui proses pemodenan yang pesat dan dilihat memiliki keupayaan yang kukuh dalam aspek logistik. Pembangunan DPN telah melibatkan pembangunan aspek logistik ATM. Pembelian kelengkapan pertahanan seperti kapal perang termoden di AT pada tahun 1990-an, kapal selam Scorpene, pesawat pejuang yang diguna pakai oleh negara maju seperti MiG-29, FA/18 Hornet dan Sukhoi 30MKM, kereta kebal tempur daripada Poland dan sebagainya dengan pakej pemindahan teknologi adalah usaha untuk memastikan prinsip pertahanan self-reliance ATM dapat dicapai. Proses ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar dalam menyediakan kelengkapan logistik yang moden agar ia dapat digunakan secara maksimum oleh angkatan pertahanannya. Malah pembangunan pertahanan dan ketenteraan ATM turut dilihat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi, dasar pertahanan, doktrin kelengkapan logistik semasa dunia. Namun pembangunan logistik telah menimbulkan persoalan mengenai kemampuan logistic dan ATM itu sendiri akibat timbulkan pelbagai kes kemalangan dan isu yang membabitkan ATM.

Statistics
Abstract views: 1076 , PDF downloads: 3836

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2016-06-22
How to Cite
Keling, M. F. and Mohamad, M. H. (2016) “Masalah dalam Logistik ATM dan Kesan Ke Atas Dasar Pertahanan Negara Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(3), pp. 66-82. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/18 (Accessed: 9July2020).
Section
Articles