Tahap Kecergasan Fizikal Selepas Covid-19 dalam kalangan Murid Sekolah Rendah
Abstract
Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi impak yang signifikan kepada setiap individu. Dengan pandemik ini, penutupan sekolah telah mengehadkan pelaksanaan aktiviti fizikal bagi murid-murid di sekolah. Murid-murid terkurung di rumah kerana perintah kawalan dan perlu belajar melalui internet dengan duduk di depan komputer atau menggunakan telefon bimbit. Murid-murid telah mengamalkan gaya hidup sedentari dan tidak menjalankan aktiviti fizikal. Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kecergasan murid-murid selepas mengamalkan gaya hidup sedentari sepanjang pandemik ini melalui ujian SEGAK. Seramai 300 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 hingga tahun 6 dari SJKC Shang Wu, Pulau Pinang telah dipilh sebagai sampel kajian. Murid-murid telah menjalani ujian SEGAK dan skor-skor bagi ujian tersebut telah dikumpulkan dan dianalisis. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun penurunan pelaksanaan aktiviti fizikal berlaku semasa pandemik, tetapi status BMI dan tahap kecergasan murid masih di tahap cergas iaitu melebihi min skor keseluruhan untuk status cergas dalam SEGAK kebangsaan m=12. Implikasi kajian ini turut memberi panduan kepada para pendidik agar dapat merancang aktiviti fizikal yang akan membawa manfaat kepada murid-murid dengan meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka.
Downloads
References
Abdul Lamat Abdul Manan & Denise Koh. (2022). Tahap Aktiviti Fizikal dan Tahap Keseronokan Murid Sekolah Rendah Ketika Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001468.
Armstrong, N., & Welsman, J. R. (1994). Penilaian dan tafsiran kecergasan aerobik pada kanak-kanak dan remaja. Kajian Sains Sukan Senaman, 22(1), 435–476.
Bambra, C., Riordan, R., Ford, J., & Matthews, F. (2020). Pandemik COVID-19 dan ketidaksamaan kesihatan. Jurnal Epidemiologi dan Kesihatan Komuniti, 74(11), 964–968.
Constantini, K., Markus, I., Epel, N., Jakobovich, R., Gepner, Y., & Lev-Ari, S. (2021). Penyertaan berterusan remaja Israel dalam program sukan dalam talian semasa pandemik covid-19 dikaitkan dengan daya tahan yang lebih tinggi. Jurnal Antarabangsa Penyelidikan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, 18(8), 4386.
Juhaizad A. J., & Mohd Radzani A. R. (2020). Motivasi dan Penglibatan Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Staf Kolej Universiti Widad di Kuantan, Pahang. Jurnal Dunia Pendidikan 2(1),204-214. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8929
Kaur H, Singh T, Arya YK, & Mittal S. (2020). Physical Fitness and Exercise During the COVID-19 Pandemic: A Qualitative Enquiry. Front. Psychol., 11, 590172. doi: 10.3389/fpsyg.2020.590172
Medan, E., Radzani, M., Razak, A., & Ismail, E. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit , Sarawak ( The Level of Involvement of Physical Activity and Physical Fitness among Football Players in Kapit , Sarawak ). Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1), 150–158.
Nurulhuda, A.M.Z & Tajul, A.M. (2021). Motivasi dan Tahap Aktiviti Fizikal Semasa Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6(8), 109-120.
Sabariah Yusuf, Md Radzani Abd Razak, & Erwan Ismail. (2021). Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1), 28-45.
Shahidi, S.H., Stewart Williams, J. & Hassani, F. (2020), Physical activity during COVID-19 quarantine. Acta Paediatr, 109, 2147-2148. https://doi.org/10.1111/apa.15420
Singh, A,, Uijtdewilligen, L., Twisk, J.W.R, van Mechelen, W., & Chinapaw, M.J.M. (2012). Physical activity and performance at school: A systematic review of the literature including a methodological quality assessment. Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine, 166(1), 49–55.
Tison, G. H., Avram, R., Kuhar, P., Abreau, S., Marcus, G. M., Pletcher, M. J., & Olgin, J. E. (2020). Worldwide Effect of COVID-19 on Physical Activity: A Descriptive Study. Annals of internal medicine, 173(9), 767–770. https://doi.org/10.7326/M20-2665
Tremblay, M.S., Warburton, D.E.R., Janssen, I. Paterson, D. H., Latimer, A. E., Rhodes, R. E., Kho, M.E.,Audrey Hicks, A., LeBlanc, A. G., Zehr, L., Murumets, K., & Duggan, M. (2011). New Canadian Physical Activity Guidelines. Appl. Physiol. Nutr. Metab, 36, 36–46.
Wan Nawang, W. N. H., Abdul Razak, M. R., Ahmad, M. F., & Lamat, S. A. (2021). Tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal serta aktiviti sedentari pelajar semasa penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 10(1), 15-23.
Warburton, D.E.R., Katzmarzyk, P.T., Rhodes, R.E., & Shephard, R.J. (2007). Evidence-informed physical activity guidelines for Canadian adults. Appl. Physiol. Nutr. Metab. 32(Suppl. 2E), S16–S68.















