Pendekatan Kaedah Tulang Ikan dalam Tajuk Bahagi bagi MBPK Tingkatan Dua
Abstract
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sering menghadapi masalah dalam mata pelajaran matematik terutamanya dalam tajuk bahagi. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif bagi mencuba pelbagai kaedah untuk membantu MBPK mengatasi masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau Keberkesanan Pendekatan Kaedah Tulang Ikan Dalam Tajuk Bahagi Bagi MBPK Tingkatan Dua. Terdapat empat orang peserta bagi dalam kajian ini. Peserta merupakan MBPK Tingkatan Dua yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang bersekolah di SMK Tobiar, Pendang, Kedah. Metodologi kajian ini menggunakan Kajian Tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis & McTaggart (1988). Pendekatan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk membandingkan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Soal selidik juga digunakan untuk mengumpul pandangan responden terhadap kaedah Tulang Ikan yang digunakan guru. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Tulang Ikan berupaya meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam tajuk bahagi subjek matematik. Hasil daripada analisis data dalam ujian pra dan ujian pasca mendapati empat orang responden kajian ini mempunyai peningkatan dalam pemahaman konsep bahagi.
Downloads
References
Baroody, A.J. (1987). Children’s Mathematical thinking: A developmental framework for preschool, primary, and special education teachers. New York: Teachers College Press.
Fischetti, J.C. (2013). Issues in education: Last stand for teacher education. Childhood Education, 89(1), 40-41.
Gifford, S. (2004). A new Mathematics pedagogy for the early years: In search of principles for practice. International Journal of Early Years Education, 12(2).
Geist, E. (2009). Children are born Mathematicians. Supporting Mathematical development, birth to age 8. Columbus: Pearson Education.Griffin, S., Case, R. and Siegler, R. 1994. Rightstart: Providing the central conceptual prerequisites for first formal learning of arithmetic to students at-risk for school failure. InMcGilly, K. (Ed.). Classroom lessons: Integrating cognitive theory and classroom practice,pp. 24-49. Cambridge, MA: Bradford Books MIT Press.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Pendapat pelajar terhadap reka bentuk perisian multimedia yang berasaskan kepada pendekatan pembelajaran konstruktivis. Skudai: University Teknologi Malaysia (UTM).
Kemmis, S., & Mc Taggart, R. (1988). The Action Research. Victoria: Dekin University.
Kemmis, S. (2008). Critical theory and participatory action research. The SAGE handbook of action research: Participative inquiry and practice, 2, 121-138.
Hachey, A.C. (2013). The early childhood Mathematics education revolution. Early Education and Development, 24(4), 419-430
Mahpop, H, & Sivasubramaniam, P. (2010). Addition of whole numbers with regrouping using the “Soroban”. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 8(5), 50-56
Mohd Nor Amri Mohd Nasir & Effandi Zakaria. (2016). Penggunaan kaedah “ladder” berbantukan ICTdalam menyelesaikan masalah penambahan dengan mengumpul semula. Proceeding of ICECRS, 1(2016), 611-618.
Mohd Rino Mohd Johari. (2019). Keberkesanan penggunaan i-koam dalam matematik dan impak terhadap tingkahlaku introvert murid pemulihan khas. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan. Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kuis. [25 November 2021].
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2012). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. [25 November 2021].
Nafisah@Kamariah Mohd. Kamaruddin & Zulkarnain Mohd. Amin. (2012). Dilemma in teaching Mathematics. US-China Education Review,145-149.
Rohaty Mohd. Majzub. (2012). Preschool children's early Mathematics achievement based on gender and ethnicity. Asian Social Science, 8(16), 24-29.
Smith, S.S. (2006). Early Childhood Mathematics(3rdedition). Boston: Allyn and Bacon.
Subahan Mohd Meerah. (1999). Strategi Pengajaran Untuk Meningkat Prestasi Sains Dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik. Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainuddin Abu Bakar & Mohd Rashidi Mat Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia















