Pembinaan dan Pelaksanaan Kit Pengajaran untuk Meningkatkan Kemahiran Penambahan dan Penolakan Nombor Integer Murid Tingkatan 1

  • Nursyafiqah Borhman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Aidah Abdul Karim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pendidikan matematik, Nombor integer, Kit pengajaran, Penambahan, Penolakkan, Kajian reka bentuk dan pembangunan

Abstract

Nombor integer merupakan suatu topik baharu bagi murid peralihan daripada sekolah rendah kepada tingkatan 1. Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah kit pengajaran bagi meningkatkan kemahiran murid tingkatan 1 menjalankan operasi tambah dan tolak menggunakan nombor integer dengan mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dan strategi pengajaran deduktif. Kajian ini adalah kajian Reka Bentuk Pembangunan (DDR) yang melibatkan fasa analisis, perancangan dan pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah murid tingkatan 1 dan guru matematik sekolah menengah rendah. Data telah dikutip dengan menggunakan soalan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan data temu bual dan set soalan penilaian untuk mendapatkan data skor penilaian murid. Data temu bual yang diperoleh dianalisis secara bertema manakala skor penilaian murid dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengambil kira peratusan dan frekuensi skor tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan topik integer sukar iaitu topik baharu, kurang pemahaman, kekeliruan simbol dan persekitaran pembelajaran. Tambahan itu, kajian mendapati 88.47% murid mencatatkan peningkatan skor penilaian setelah menggunakan kit pengajaran dalam proses pembelajaran topik integer. Kajian ini mencadangkan penggunaan teori atau strategi pengajaran yang lain serta membuat perbandingan dengan teori behaviorisme dan strategi deduktif yang digunakan dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Amat Yasin, A., Masri, R., Adnan, M., & Mohamed, F. (2021). Pembangunan Model Pedagogi STEM Matematik berasaskan nilai dan akhlak di sekolah rendah: Satu analisis keperluan: Development of STEM Mathematical Model Based on Values and Morals in Primary Schools: A Needs Analysis. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11, 40–49. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.sp.4.2021

Awang, M., Zakaria, M. E., & Ismail, R. (2018). Hubungan persekitaran fizikal bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran: Relationship between classroom physical environment and teaching and learning comfortness and well-being. Management Research Journal, 7, 86–99. https://doi.org/10.37134/mrj.vol7.8.2018

Boyman, S. N., Jamal, M. B., Razali, N. A. & Abdul Aziz, M. S. (2020). ADDIE Model Design Process for 21st century teaching and facilitation activities (Pdpc) In nationhood studies module. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(9).

Çelik, H. C. (2018). The effects of activity-based learning on Sixth Grade Students’ achievement and attitudes towards Mathematics activities. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(5), 1963-1977. https://doi.org/10.29333/ejmste/85807

Che Abd Aziz, N. A. M., Adenan, N. H., Abd Karim, N. S., Tarmizi, R. A., Abd Latib, L., & Mashuri, A. (2021). Penerimaan murid tingkatan satu terhadap pembelajaran topik operasi asas aritmetik melibatkan integer menggunakan permainan Damath. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 51–59. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.6.2021

Fatimah, F. (2018). Penggunaan kartu berwarna untuk meningkatkan hasil belajar Matematika pada materi penjumlahan dan pengurangan bilangan bulat. Ibtida’i : Jurnal Kependidikan Dasar, 5(1), 99–114. https://doi.org/10.32678/ibtidai.v5i01.1324

Fikri, H. (2019). Strategi pembelajaran deduktif pada mata pelajaran pendidikan agama Islam. Cross-Border: Jurnal Kajian Perbatasan Antarnegara, Diplomasi dan Hubungan Internasional, 2(1), 84-94.

Fuadiah, N. F., Suryadi, D., & Turmudi (2019). Teaching and learning activities in classroom and their impact on student misunderstanding: A case study on negative integers. International Journal of Instruction, 12(1), 407-424.

Gustafson, K. L., & Branch, R. M. (2007). What Is Instructional Design? In R. A. Reiser, & J. V. Dempsey (Eds.), Trends and Issues in Instructional Design and Technology (pp. 10-16). New Jersey: Pearson Education.

Indah, P., & Nuraeni, R. (2021). Perbandingan kemampuan penalaran deduktif matematis melalui Model PBL dan IBL berdasarkan KAM. Mosharafa: Jurnal Pendidikan Matematika, 10(1), 165–176. https://doi.org/10.31980/mosharafa.v10i1.931

Ismail, R. N., Mudjiran, & Neviyarni. (2019). Membangun karakter melalui implementasi teori belajar behavioristik pembelajaran Matematika berbasis kecakapan Abad 21. MENARA Ilmu; Jurnal Penelitian dan Kajian Ilmiah. https://jurnal.umsb.ac.id/index.php/menarailmu/article/view/1649/1410

Janjam, N. A. Z., & Ibrahim Mukhtar, M. (2018). Keberkesanan kaedah Kijo membantu murid tahun 3 Hisyam di sekolah rendah agama bersepadu Kluang mengatasi masalah penguasaan konsep Darab. Online Journal for TVET Practitioners. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4800

Jerry, F., & Jamaludin, K. (2021). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan Inkuiri kritis dalam mata pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 386-400. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13780

Khalid, M., & Embong, Z. (2019). Sources and possible causes of errors and misconceptions in operations of Integers. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2). https://doi.org/10.29333/iejme/6265

Khong, W. S., & Lim, H. L. (2019). Penggunaan Model RASCH untuk menganalisis miskonsepsi bagi topik nombor Integer. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 34, 105–128. https://doi.org/10.21315/apjee2019.34.6

Lamb, L. L., Bishop, J. P., Philipp, R. A., Whitacre, I., & Schappelle, B. P. (2018). A Cross-Sectional investigation of students’ reasoning about Integer addition and subtraction: Ways of reasoning, problem types, and flexibility. Journal for Research in Mathematics Education, 49(5), 575–613. https://doi.org/10.5951/jresematheduc.49.5.0575

Machila, N, Sompa, M, Muleya, G and Pitsoe, V.J (2018). Teachers understanding and attitudes towards inductive and deductive approaches to teaching Social Sciences, Multidisciplinary Journal of Language and Social Sciences Education, (2), 120-137.

Mustika, J., Wulantina, E., Indah Rahmawati, N., & Ferninda Sari, A. (2020). Analisis kesulitan belajar berdasarkan gaya berpikir siswa melalui pendekatan Matematika realistik (PMRI) berbantukan kertas berwarna. LINEAR: Journal of Mathematics Education, 33. https://doi.org/10.32332/linear.v1i1.2208

Noreen, R. & Khan Rana, A. M. (2019). Activity-based teaching versus traditional method of teaching in Mathematics at Elementary Level. Bulletin of Education and Research, 41(2), 145-159.

Richey, R. C., & Klein, J.D. (2007). Design and development research. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Rohman, N. (2021). Analisis teori Behaviorisme (Thorndike) pada pelajaran Matematika dan bahasa Indonesia SDN UPT XVII Mukti Jaya Aceh Singkil. Jurnal Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 4(2).

Setyawati, R. D., & Indiati, I. (2018). Analysis misconception of integers in microteaching activities. Journal of Physics: Conference Series, 1013, 012146. https://doi.org/10.1088/1742-6596/1013/1/012146

Shahbana, E. B., Kautsar farizqi, F., & Satria, R. (2020). Implementasi teori belajar Behavioristik dalam pembelajaran. Jurnal Serunai Administrasi Pendidikan, 9(1), 24–33. https://doi.org/10.37755/jsap.v9i1.249

Sylviani, S., Permana, F. C., & Utomo, R. G. (2020). PHET simulation sebagai alat bantu siswa sekolah dasar dalam proses belajar mengajar mata pelajaran Matematika. Edsence: Jurnal Pendidikan Multimedia, 2(1), 1–10. https://doi.org/10.17509/edsence.v2i1.25184

Published
2023-01-31
Section
Articles