Peningkatan Tahap Kemahiran Jaringan Pemain Bola Keranjang Melalui Latihan Kekuatan Otot di Daerah Langkawi

  • Goe Rui Ting Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Latihan Kekuatan, Bilangan Jaringan, Ketepatan Jaringan

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur tahap keberkesanan latihan kekuatan bagi otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang. Faktor pengaruh latihan kekuatan otot terhadap bilangan jaringan pemain Bola Keranjang juga dapat dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini. Subjek kajian ini mempunyai kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A merupakan kumpulan eksperimen yang akan menjalankan ujian dan dua jenis latihan kekuatan iaitu “Plank” dan “Burpee” selama enam minggu. Manakala kumpulan B ialah kumpulan kawalan yang melaksanakan ujian dan satu jenis latihan kekuatan “Plank” sahaja. Pra ujian akan dijalankan oleh kedua-dua kumpulan sebelum menjalankan latihan bola keranjang dan latihan kekuatan. Manakala pascaujian dijalankan selepas menjalankan latihan kekuatan selepas enam minggu. Dapatan kajian telah menunjukkan kekuatan otot kaki dan tangan akan memberi kesan terhadap ketepatan jaringan pemain. Kajian ini telah menunjukkan terdapat keberkesanan latihan kekuatan terhadap otot kaki dan otot tangan yang terlibat bagi pemain bola keranjang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmet, U, & Pulur, A. (2018). The effect of shooting training on the development of the shot hit rate for basketball players. Journal of Human Sciences, 15(4), 2426-2432.

Bompa, O. (1996). Periodization. Theory and Methodology of Training. United States Versa Press.

Chan, F. (2012). Strength Training (Latihan Kekuatan). Cerdas Sifa Pendidikan, 1(1).

Faridhatun Nissa, F., & Pratama, A. K. . (2019). Peningkatan Latihan Kekuatan Otot Lengan Terhadap Hasil Servis Atas Bola Voli. Jurnal Maenpo, 9(2), 76-82.

Setiawan, A., & Effendi, F. (2020). Akurasi Smash Forehand Bulutangkis Dikaitkan dengan Kekuatan Otot Lengan dan Koordinasi Mata-Tangan. Jurnal MAENPO: Jurnal Pendidikan Jasmani Kesehatan dan Rekreasi, 10(1), 50-56.

Seyfi , S., Mehmet , F., & Ahmet, U. (2018). The Effects of Rapid Strength and Shooting Training Applied to Professional Basketball Players on the Shot Percentage Level. Universal Journal of Educational Research 6(7).

Xavi , S., & Lorena, T.-R. (2016). An Integrative Approach to Strength and Neuromuscular Power Training for Basketball. Strength and Conditioning Journal, 38(3), 72-80.

Published
2023-08-31
How to Cite
Rui Ting, G. (2023) “Peningkatan Tahap Kemahiran Jaringan Pemain Bola Keranjang Melalui Latihan Kekuatan Otot di Daerah Langkawi”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(8), p. e002393. doi: 10.47405/mjssh.v8i8.2393.
Section
Articles