Pembangunan Wakaf Pendidikan di University College Bestari, Terengganu
Abstract
Salah satu syarat untuk menjadi sebuah negara maju adalah tersedianya modal insan yang unggul yang lahir daripada Institusi Pengajian Tinggi. Kerajaan Malaysia telah memberikan peruntukan yang besar untuk mencapai matlamat tersebut. Walau bagaimanupun, terdapat kekangan dan keterhadan kewangan Kerajaan untuk memenuhi keseluruhan biaya Institusi Pengajian Tinggi. Oleh itu, semua pihak terkait perlulah mencari alternatif dan jalan keluar bagi mengatasi masalah ini. Wakaf merupakan salah satu sistem ekonomi Islam yang dikatakan sangat berpotensi bagi membangunkan pendidikan. Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan. Pertama, untuk mengenal pasti pembangunan wakaf pendidikan dengan kajian kes di Universiti College Bestari (UCB), Terengganu, Malaysia. Kedua, menganalisis isu kelestaraian wakaf dan kaedah-kaedah yang digunakan UCB dalam mempastikan kelestarian wakaf tersebut. Bagi mencapai kedua-dua tujuan ini kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual mendalam dua orang responden telah dijalankan. Data yang diperolehi di analisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa pembangunan wakaf di UCB sudah bermula sejak tahun 1998. Pengurusan dan pentadbiran wakaf UCB dilakukan di bawah tiga agensi (joint venture) yang setiapnya merupakan pemegang saham iaitu PEYATIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia) (50%), PERKAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim) Terengganu (30%) dan YAKIN (Yayasan Kebajikan Negeri Terengganu) (20%). Antara kaedah yang digunakan untuk melestarikan wakaf pengajian tinggi di UCB adalah penjagaan dan pengelolaan aset yang telus dengan kepimpinan yang kuat, sistem pemasaran dan kaedah wakaf yang mudah. Sumbangan kerajaan dan juga peranan alumni dikatakan juga membantu pembangunan wakaf tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa sistem wakaf memiliki potensi untuk membantu membangunkan pendidikan yang lestari.
Downloads
References
Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid. (2010). Mangement and Development of the Awqaf Assets. Prosiding Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy: Bangi 2010, di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor pada 6–7 Januari 2010.
Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor. (2015). Kelestarian pengurusan aset wakaf pendidikan tinggi malaysia: satu sorotan. Prosiding Seminar International Islamic Development Management Conference yang ke-9 (IDMAC9), Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), 8-9 Disember 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM).
Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor. (2015). Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Zaki Abdul Latif, Che Zuina Ismail dan Norzaidi Mohd Daud (2006). Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuanpendidikan umat Islam. Kertas Kerja Konvensyen Wakaf , Hotel Legend, Kuala Lumpur, 12-14 September 2016.
Aminah Mohsin & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2011). Weaknesses of Current Capital Raising, Financing, and Investment Methods of Awqaf (Islamic Trusts). Kertas kerja International Conference on Social Science and Humanity, International Proceedings of Economics Development Research (IPEDR), Bil 5. Singapore: IACSIT Press.
Amini Amir Abdullah. (2013). Kajian pelan induk transformasi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Kertas cadangan penyelidikan untuk Yayasan Wakaf Malaysia. Muat turun daripada https://www.google.com/url?sa= t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ca=rja&uact=8&ved=0CBwQFjAAahUKEwjolcG8yMbIXKA44KHTAnCmc&ur=http%3A%2F%2Fwww.researchgate.net%2Fprofile%2FD_Amini_Abdullah%2Fpublication%2F256673165_KAJIAN_PELAN_INDUK_TRANSFORMASI_PEMBANGUNAN_HARTANAH_WAKAF_DI_MALAYSIA%2Flinks%2F02e7e52398a00b4541000000&usg=AFQjCNFB7U_oR40g9xUTp5yv7oCT2MvKTw&bvm=bv.105454873,d.c2E pada 16 Oktober 2015.
Arkib University College Bestari. (UCB). Profil UCB 2016. Jabatan Pendaftar University College Bestari (UCB).
Asharaf Mohd Romli, & Mustafa Omar Mohamad. (n.d.). An Overview of Public Funding for Higher Learning Education in Malaysia and the Prospect of Waqf Funding, 1–20.
Azniza Hartini Azrai Azaimi Ambrosea, Mohamed Aslama dan Hanira Hanafi. (2015). The Possible Role of Waqf in Ensuring A Sustainable Malaysian Federal Government Debt. Procedia Economics and Finance, 31, 333 – 345.
Azri Ahmad, Syarqawi bin Muhammad dan Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman. (2012). Education development through waqf. Kertas kerja yang dibentangkan pada 3rd International Conference on Islam and Higher Education (3rd ICIHE), 1st – 2nd October 2012 di Pahang State Foundation Complex, Kuantan, Malaysia.
Baharuddin Sayin, & Muhammad Hamizan Abd Hamid. (2015). Wakaf Tunai: Satu Cadangan Penguatkuasaan Perkara 11 (2) Perlembagaan. In International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UNISZA (Vol. 2015, pp. 1–462).
Farra Munna Harun, Bayu Taufiq Possumah, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai dan Abd Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak dan Mohd Yahya Mohd Hussin. (2014). Issues and economic role of waqf in higher education institution: Malaysian experience. Jurnal Ilmu Ekonomi Syariah (Journal of Islamic Economics), 8 (1), 149-168.
Halim Mohd Noor. (2014). Empowering higher education institution: the role of waqf - Malaysian perspective. Proceedings of the Australian Academy of Business and Social Sciences Conference 2014, in partnership with The Journal of Developing Areas.
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Abd Rahman. (2013). Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Terpilih. Jurnal Syariah, Jil. 21, 2 (2013), 89-116.
Kamarudin Ngah. (1991). Isu Pembangunan Tanah Wakaf. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Nidzam Sulaiman, Wan Kamal Mujani dan, Ermy Azziaty Rozali. (2015). Membiayai pendidikan tinggi menerusi endowmen: kewibawaan model hibrid Harvard. Malaysia Journal of Society and Space, 11 (4), 121 – 131.
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Nidzam Sulaiman, Wan Kamal Mujani & Ermy Azziaty Rozali. (2014). Praktis Endowment di institusi pengajian tinggi Luar Negara: Pengalaman dan cabaran. Dalam Wan Kamal Mujani (2014). Pelestarian institusi wakaf memperkasa pendidikan negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khoo Kay Kim. (1980). Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Dalam Pendidikan ke Arah Perpaduan, Awang Had Salleh (Ed.). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Maffuza Salleh & Noor Syahida Abdul Rahman. (2014). Wakaf pendidikan di Malaysia: Satu tinjauan. Kertas Kerja International Research Management and Innovation Conference (IRMIC2014) di Kuala Lumpur pada 17-18 November 2014.
MAIDAM. (2013). Akademi Kulinari Terengganu. Muat turun daripada http://www.maidamtrg.gov.my/index.php/index.php/component/content/article/33-artikel/367-akademi-kulinari-terengganu?highlight=WyJrdWxpbmFyaSJd.
MAIDAM. (2013). Latar Belakang Wakaf. Muat turun daripada http://www.maidam.gov.my/index.php/index.php/perkhidmatan-kami/wakaf-dan-sumber-am/368-latar-belakang-wakaf.
Majidah Zainudin. (2013). Perbezaan wakaf, sedekah, hibah dan zakat. Buletin Yayasan Waqaf Malaysia, 2/2013. Julai-Disember 2013.
Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid. (2015). Wakaf pendidikan tinggi: Urus tadbir dan sistem perundangan yang efektif dan efisyen menjamin kelestarian perlaksanaan wakaf. Dalam Baharuddin Sayin (2015). Wakaf pendidikan tinggi Malaysia satu penantian. Penerbit: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.
Md Nurdin Ngadimon. (2011). Membangunkan Aset Wakaf Menggunakan Prinsip Musyarakah. Jurnal Muamalat Siri 4.
Mohamad Zaim Ismail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin dan Muhammad Ikhlas Rosele. (2013). Pemerkasaan wakaf di Malaysia: satu sorotan. Prosiding 5 th Islamic Economic Systems Conference (IECONS 2013), Berjaya Time Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5 September 2013.
Mohd Ali Muhamad Don. (2016). Kuasa perundangan serta hubungannya dengan pelaksanaan wakaf oleh institusi pendidikan tinggi (ipt) di Malaysia. International Journal of Business, Economics and Law, 9 (5), 166-172.
Mohd Isa Mohd Deni, Hairullfazli Mohammad Som dan Mokhtar Ismail. (2014). Wakaf dan pendidikan di Indonesia. Prosiding The International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014),(e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.
Mohd Syakir Mohd Taib, Wan Kamal Mujani & Ermy Azziaty Rozali (n.d). Wakaf Pendidikan Tinggi Pertama Di Malaysia Universiti Islam Malaysia (UIM). http://ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/30-Ermy-Azziaty-Rozali.pdf.
Mokhtar Ismail, Hairullfazli bin Muhammad Som, Mohd. Isa Mohd. Deni dan Muna Sulaiman. (2015). Model operasi wakaf pendidikan di Malaysia. Prosiding International Conference on Cash Waqf (ICCW 2015) (e-ISBN978-967-0850-08-5). Sepang, Malaysia, 28, 29 & 30 May 2015.
Mokthar Ismail, Hairullfazli bin Muhammad Som dan Mohd. Isa Mohd. Deni. (2015). Prosiding International Conference on Cash Waqf (ICCW 2015) (e-ISBN978-967-0850-08-5). 28, 29 & 30 May 2015, Sepang, Malaysia.
Monzer Kahf. (1998). Financing the development of awqaf property. Kertas Kerja yang dibentangkan pada seminar Development of Awqaf. Organized by IRTI, Kuala Lumpur.
Monzer Kahf. (2011). Toward the revival of Awqaf. Prosiding The 3 rd Harvard University Forum on Islamic Finance: Local Challenge, Global Opportunities. Cambridge, Massachusetts. Center for Middle Eastern Studies, Harvard University, 1999, 103 – 109.
Muhammad Husni Hasbulah, Mohd Zaidi Daud & Mohammad Taqiuddin Mohamad. (2015). Peranan Wakaf dalam Mengukuhkan Ekonomi Islam di Malaysia. Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015. Penerbit Usuli Faqih Research Centre (UFRC).
Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Asyraf Yusof, Fuadah Johari, Asharaf Ramli dan Hisham Sabri. (2014). The relief of higher education loan through Islamic waqf bank. Asian Social Science, 10 (22), 175-181.
Muhammad Yusuf Saleem. (2009). Towards Institutional Mutawallis for the Management of Waqf-Properties. Kertas kerja yang dibentangkan dalam The International Conference on Waqf Laws and Management, 20-22 October 2009, International Islamic University Malaysia.
Murat Çizakça. (1998). Awqaf in history and its implications for modern Islamic economies. Islamic Economic Studies. 6 (1).
Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda. (2014). Pengurusan wakaf pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Satu sorotan literatur. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Utm Press.
Naziree Md. Yusof. (2010). Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju dan Potensi dalam Pembangunan Masyarakat. Jurnal Kanun Disember 2010.
Neuman, W.L. (2006) Social research methods: Qualitative and quantitative approach, (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Noor Inayah Yaakub. (2014). 11th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum, 11 - 12 November 2014 * Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre.
Nur Amalina Saidan & Asmak Ab Rahman. (2014). Potensi penggunaan instrumen kewangan islam berdasarkan waqaf dalam pembiayaan dan pembangunan institusi pengajian tinggi di Malaysia: suatu sorotan kajian. Dalam Wan Kamal Mujani (2014). Pelestarian institusi wakaf memperkasa pendidikan tinggi negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Yuhanis Ismon, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli & Roslina Hashim. (2015). Mekanisme wakaf sebagai instrumen pendidikan tinggi swasta: Prospek dan cabaran Kolej Universiti Islam Melaka Sebagai IPTS. Penerbit Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.
Obaidullah, M. (2014). Plantation Waqf to Promote Education: University College Bestari. Bakhabar, 7(12), 9–10.
Raja Nor Ashikin Raja Ramli & Nor ‘Adha Abd Hamid. (2014). Kelestarian wakaf dalam membangunkan institusi pendidikan: Kajian Awal. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference on Postgraduate Research. 1 - 2 Disember 2014 di Kuala Lumpur.
Rohayati Hussin & Rusnadewi Abdul Rashid. (2015). Isu-isu berkaitan tanah wakaf: Halangan kepada pembangunan institusi wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Waqf Round Table Conference – IKAZ/ACIS, 12 Februaryi2015.
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid dan Noor Inayah Yaakub. (2016). Exploratory study on waqf implementation in malaysian public and private universities: with special reference to turkish universities. International Journal of Business, Economics and Law, 9 (4), 2289-1552.
Sabitha Marican. (2005) Kaedah penyelidikan sains sosial. Malaysia: Prentice Hall Pearson.
Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach (4th ed.). New York: John Wiley & Sons Inc.
Sepuluh Kampus Pencetak Alumni Miliarder Paling Murah Hati Muat turun daripada http://bisnis.liputan6.com/read/2032856/10-kampus-pencetak-alumni-miliarder-paling-murah-hati. Muat turun pada 24 hb Oktober 2016.
Shamsiah Abdul Karim. (2010). Contemporary Shari’a Compliance Structuring For The Development and Management of Waqf Assets in Singapore. Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies, March 2010.
Siti Mashitoh Mahamood & Asmak Ab Rahman. (2015). Financing universities through waqf, pious endowment: is it possible? Humanomics,31(4), 430-453.
Siti Mashitoh Mahamood. (2007), Pembentukan dana wakaf menurut perspektif syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia, Jurnal Syariah, 15 (2).
Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid. (2014). Peranan dan kepentingan dana wakaf institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9), 17 - 19 Oktober 2014 di Kuala Terengganu, Terengganu.
Temu bual bersemuka dengan Naib Canselor UCB, pada 9 Jun 2016, Pukul 2.30-3.30 petang di UCB.
Temu bual bersemuka dengan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengelola University College Bestari (UCB) dan juga Presiden PEYATIM pada 20 Jun 2016, Pukul 9.30-10.30 pagi di UCB.
Tham, S. Y. (2011). Exploring Access and Equity in Malaysia's Private Higher Education. A Development Bank Institute (ADBI) Working Paper Series. Issue 28.
Utusan Online, 27 Oktober 2016. Dana wakaf kukuhkan dana universiti. Muat turun daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dana-wakaf-kukuhkan-dana-universiti-1.400189 pada 27 Oktober 2016.
Zakaria Bahari. (2013). Pembiayaan pembangunan pengajian tinggi: Kes pembangunan wakaf kompleks ISDEV, Universiti Sains Malaysia. Kertas kerja Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeiPTI2013), Bandar Sri Begawan, Brunei, 4-5 Disember 2013.
Zakariya Man & Salihu Abdulwaheed A. (2011). New dimension in the mobilization of waqf funds for educational development. Kuwait Chapter of Arabian Journal of Business and Management Review. 1 (1), 155-175.















