Keinginan Bertingkah Laku dari Aspek Penerimaan Kandungan Dakwah Digital dalam kalangan Netizen Muslim

  • Husna Salehudin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Rosmawati Mohamad Rasit Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Zulkefli Aini Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Keinginan bertingkah laku, Digital, Kandungan Dakwah, Netizen, Muslim

Abstract

Perkembangan media dan teknologi memberi perubahan terhadap rutin kehidupan dan tingkah laku netizen. Pelbagai sumber media digital kerap menjadi rujukan netizen bagi mendapatkan maklumat. Netizen Muslim turut bergantung kepada media digital dalam mendapatkan maklumat mengenai Islam dan dakwah. Namun, kewujudan kandungan dakwah di media digital perlu diteliti penerimaannya dalam kalangan netizen Muslim agar tidak mengelirukan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana penerimaan kandungan dakwah di media digital dalam kalangan netizen Muslim dan menentukan hubungan keinginan bertingkah laku netizen Muslim dan penerimaan kandungan dakwah berdasarkan Model Technology Acceptance (TAM). Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk cross-sectional survey melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 sampel responden dipilih menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Data dianalisis melalui ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pengguna telah memilih aplikasi Youtube dalam penerimaan dakwah. Ini kerana, Youtube mempunyai kemudahan mencari maklumat berkaitan agama malah mempunyai elemen visual dan audio yang menarik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Aziz Mohd Zin. (1997). Psikologi Dakwah. Universiti Malaya.

Abdul Choliq. (2015). Dakwah Melalui Media Sosial Facebook. Jurnal Dakwah Tabligh, 16(2), 170-187.

Abu Hatab, W. (2016). Islam and Social Media: Attitudes and Views. Asian Social Sciences, 12(5), 221-225.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2019). Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Penyelidikan Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aini Maznina A. Manaf. (2018). Dakwah Melalui Media Baharu di Malaysia: Peluang Atau Cabaran? Al-Hikmah, 10(1), 119-128.

Aldi Fatriadi. (n.d.). Perspektif Dakwah Islam Dalam Penggunaan Aplikasi Tiktok Di Masa Pandemi Covid-19. Skripsi Falkutas Ushuluddin Adab dan Dakwah: Institusi Agama Islam Negeri Parepare.

Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd Karim, Azarudin Awang Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman. (2017). Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan Dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu. Proceeding of 2nd Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) Uitm Melaka.

Bukhari. (2015). Penerimaan dan Penolakan Pesan Dakwah Dalam Interaksi Simbolik Da’I dan Mad’u Pada Jamaah Tabligh di Kota Padang. Miqot, 39(2).

Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use And User Acceptance Of Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-340.

Faradillah Iqmar Omar. (2015). Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah dalam Kalangan Mahasiswa KUIS. Journal of Management & Muamalah, 5(2), 31-42.

Faradillah Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, Nur Zakira Afnee Zakaria & Nuraina Nabila Dundai Abdullah. (2015). Hubungan Penggunaan Media Sosial dan Penerimaan Mesej Dakwah. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015.

Fatimah Azzahrak Mohamed. (2020). Persepsi Netizen Media Baharu Mengenai Peranan Tabayyun Terhadap Maklumat Palsu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Ahmad Rizal Mohd. Yusof. (2020). Ketagihan Penggunaan Media Sosial Terhadap Gaya Hidup Media. Journal Of Social Sciences and Humanities, 17(9), 126-139.

Fitriyani. (2020). Penggunaan Media Youtube Sebagai Trend Media Dakwa Masa Kini. Atas talian. (PDF) Pengunaan media youtube sebagai trend media dakwa masa kini[1] (researchgate.net).

Glass, A. (2007). Understanding generational differences for competitive success. Industrial and commercial training. (atas talian) https://www.researchgate.net/publication/354395277_Implications_of_Social_Media_Addiction_on_Academic_Performance_among_Generation_Z_Student -athletes_during_COVID-19_Lockdown.

Intan Kurnia Ahmad & Haryati Karim. (2020). Penerimaan Youtube Sebagai Sumber Maklumat Agama Islam dalam Kalangan Masyarakat di Kampung Ulu Putatan, Sabah:Pengaplikasian Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan Teori Kredibiliti. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 6(1), 174-188.

Lewis, S., Pea, R., & Rosen, J. (2010). Beyond participation to co-creation of meaning:mobile social media in generative learning communities. Social Science Information, 49(3), 351-369.

MacKenzie, J., & McGuire, R. (2016). The First Generation of the Twenty-First Century. (atas talian).https://pracownik.kul.pl/files/83913/public/social_media_15_16/MagidPluralistGenerationWhitepaper.pdf.

Mohd Sobhi Ishak. (2014). Pemodelan Penerimagunaan Maklumat Berkaitan Islam Di Internet: Pengaplikasian Model Penerimaan Teknologi (TAM). Journal Of Techno-Social, 5(2), 49-61.

Muhamad Aiman Kamarudin, Muhamad Syakir Mustafa Kamal & Ajmain @ Jimaain Safar. (2019). Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam. Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19). Hlm, 131-142.

Muhamad Faisal Ashaari, Nor Faizah Ismail & Rosmawati Mohamad Rasit. (2019). Reaksi Netizen Muda Terhadap Kebanjiran Maklumat di Alam Maya. Malaysian Journal of Communication, 35(3), 390-406.

Muhammad Nor Azery Masrom, Mohamad Bakri Abdul Manaf & Ikhwan Najmi Samsul Rafzi. (2023). Keberkesanan Aplikasi Youtube Terhadap Pengajian Agama Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Quran Dan Sunnah Usim. E Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Hlm, 290-302.

Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad & Mohd Sani Ismail. (2019). Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Masa Kini. International Social Science & Humanities Journal, 2(1),14-23.

Norizah Aripin, Mohd Sobhi Ishak, Awan Ismail, Nik Adzrieman Abdul Rahman & Mohd Nizho Abdul Rahman. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Youtube Sebagai Sumber Maklumat Agama: Satu Perspektif Dari Segi Jantina. Journal Al-‘Abqari, 15, 47-64.

Noor Hadzlida Ayob, Intan Suria Hamzah & Mohd Amar Aziz. (2021). Merapatkan Jurang Digital dalam Pendidikan: Dasar dan Strategi di Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 6(25), 157-170.

Nurul Izzah Noor Zainon, Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman, Mohd Khairul Anuar Ismail, Nor Asmira Mat Jusoh, Zanirah Mustafa @ Busu, Zurkarnain Yusof & Salma Ab Rahman. (2021). Impak Media Sosial Terhadap Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal. Proceedings Of International Conference On Languange, Education, Humanities & Social Science (i-LEdHS2021). Hlm, 98-103.

Ahmad Safwan Raihan & Muhammad Norazam Nordin. (2019). Kajian Keberkesanan Aplikasi Whatsapp Sebagai Medium Dakwah Dalam Kalangan Remaja. Jurnal ‘Ulwan, 4, 67-85.

Rindang Matoati & Ignatius Hari Santoso. (2020). Efektifitas Media Sosial Sebagai Wadah Berbagi Pengetahuan Pada Lintas Generasi. Jurnal Ilmiah Ekonomi, 15(1), 262-272.

Wiedmer, T. (2015). Generation Do Differ: Best Practices in Leading Traditionalists, Boomers and Generations X, Y and Z. The Delta Kappa Gamma Bulletin, 82(1), 51-58.

Zulkiple Abd. Ghani. (2021). Ekosistem Dakwah Digital: Cabaran Masa Depan Dunia Dakwah. Prosiding Simposium Dunia Dakwah Digital 2021 IPDAS Sabah. Hlm, 1-24.

Published
2024-01-31
Section
Articles