Punca-Punca Tekanan Kerja di kalangan Guru
Abstract
Tekanan kerja dalam kerjaya guru merupakan isu yang sering dibincangkan. Daya tindak strategi perlu menghapuskan punca tekanan kerja guru bagi merealisasikan pemerkasaan pendidikan ke arah pembangunan sosial. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca tekanan kerja di kalangan guru. Kajian yang berpaksikan pendekatan kualitatif ini mempunyai tiga orang peserta kajian yang dipilih di kalangan guru. Peserta ini telah ditemu bual dengan mendalam dan hasil dapatan menemui bahawa terdapat enam punca utama tekanan kerja iaitu beban kerja, kekangan masa, keletihan emosi, sikap pentadbir, persekitaran dan sikap dan masalah tingkah laku murid. Punca-punca ini, sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya, berpotensi untuk memberi impak negatif terhadap keberkesanan sistem pendidikan negara. Justeru itu, cadangan kepada pembangunan model holistik bagi daya tindak guru dalam menangani tekanan kerja perlu dibangunkan bagi kegunaan guru-guru seluruh Malaysia.
Downloads
References
Beddu Salam Baco (2014). Modal Psikologi (Psychological Capital), stres kerja dan komitmen kerja (work engagement): Satu penelitian awal. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Chaplain, R. P. (2008). Stress and psychological distress among trainee secondary teachers in England. Educational Psychology, 28(2), 195–209.. https://doi.org/10.1080/01443410701491858
Dawn, S., Talukdar, P., Bhattacharjee, S., & Singh, O. P. (2015). Stress in school teachers of a school in West Bengal, India. Indian Journal of Psychiatry, 19(1), 12–17. https://doi.org/10.5005/EJP-19-1-12
Eee, C. T., Hamid, H., & Madar, A. H. (2022). Hubungan antara efikasi kendiri, beban tugas dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pensyarah Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, 7(1), 1–7. https://doi.org/10.30880/ojtp.2022.07.01.001
Greenberg, M. T., Brown, J. L., & Abenavoli, R. M. (2016). Teacher stress and health: Effects on teachers, students, and schools. Edna Bennett Pierce Prevention Research Center, The Pennsylvania State University.
Hong, O. C., & Ismail, A. (2017). Sokongan pihak pengurusan sekolah terhadap tekanan kerja guru di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42–57. http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi
Hizan, N. S. S., & Rodzalan, S. A. (2020). Hubungan antara pengurusan masa dengan tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 92–103. https://doi.org/10.30880/rmtb.2020.01.01.008
Huisman, K. A. (2009). Lived experience of stress in middle school teachers (Disertasi Master's Degree, Open University Malaysia). ProQuest Dissertations and Theses. https://library.oum.edu.my/repository/677/1/faktor_stres_fazura.pdf
Kamarudin, S. & Taat, M. S. (2020). Pengaruh Faktor-faktor Tekanan Kerja dalam kalangan Guru di Sekolah Menengah: Satu Analisis Persamaan Struktur (SEM-PLS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 104-115. 10.47405/mjssh.v5i11.544.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya, Malaysia.
Kerlinger, F. N., & Lee, H. B. (1999). Research design: Purpose and principles. Foundations of behavioral research.
Kyriacou, C. (2001). Teacher stress: Directions for future research. Educational Review, 53(1), 27–35. https://psycnet.apa.org/doi/10.1080/00131910120033628
Mathew, L. (2011). An Exploratory Study on Occupational Stress and Coping Strategies of Special Educators in South India. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.643192
Mohamed, A. Z. (2018). Amyloid pathology fingerprint differentiates post-traumatic stress disorder and traumatic brain injury. Neuroimage: clinical, 19, 716-726.
Raieh, R. M. (2023, April 6). Guru berundur awal, apa alasan mereka? Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/253185/berita/guru-berundur-awal-apa-alasan-mereka
Rohman, M. A. (2018, Ogos 28). 4.4 peratus guru stres. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467001/44-peratus-guru-stres
Salleh, M. R. (2014). Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kongnitif dan Tingkah Laku (Penerbit USM). Penerbit USM.
Sipon, S. (2007). Stres kerja guru: Punca, kesan dan strategi daya tindak. Prosiding Seminar Profesional Perguruan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Subramaniam, H., & Omar, I. M. (2022). Hubungan tekanan kerja dan pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Klang. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 39–52. https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529
Suhaimi Kamarudin & Muhamad Suhaimi Taat. (2020). Faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa,beban tugas dan tekanan kerja dalam kalangan guru. Malaysian Journal of Social Sciences andHumanities, 5(9), 114-124.
Suryandari, S. (2016). Pengaruh burnout, self esteem terhadap kinerja guru. INOVASI, XVIII (1). 37-43.
Valli, L., & Buese, D. (2007). The changing roles of teachers in an era of high-stakes accountability. American Educational Research Journal, 44(3), 519–558. https://www.jstor.org/stable/30069427