Pengendalian Kes Kanak-Kanak Tidak Terkawal di bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Kajian di Terengganu
Abstract
Kes salah laku oleh remaja seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, merokok, merempit dan balik lewat ke rumah seringkali menghiasi dada akhbar di seluruh negara. Negeri Terengganu tidak terkecuali daripada dilanda masalah sosial ini. Lebih membimbangkan apabila pernah tular di laman sosial bahawa pelajar sekolah di negeri ini kerap ponteng sekolah dan merokok. Undang-undang melabelkan remaja ini sebagai “kanak-kanak tidak terkawal” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 1,534 kes kanak-kanak tidak terkawal direkodkan di seluruh Malaysia dalam tempoh 7 tahun (2017-2023) dengan negeri Terengganu mencatatkan 40 kes. Banyak kajian lepas menunjukkan bahawa tingkah laku tidak terkawal yang gagal dipulihkan boleh mengakibatkan jenayah di masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti jenis tingkah laku tidak terkawal yang sering berlaku di Terengganu, menganalisis prosedur pengendalian kes dan jenis pemulihan, serta mengutarakan cadangan penambahbaikan bagi memelihara kebajikan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Kajian Sosio-Perundangan berbentuk diskriptif melalui kaedah kualitatif yang merangkumi temubual dan kajian perpustakaan bagi mengkaji perundangan dengan lebih mendalam melalui perspektif luaran dengan menyelidik matlamat, proses dan kesan undang-undang dalam masyarakat. Temubual separa berstruktur dijalankan menggunakan purposive sampling dengan memilih Informan dari kalangan Majistret, pegawai JKM dan pegawai akhlak. Kajian ini memberikan impak penting kepada masyarakat dan negara dalam memelihara kebajikan kanak-kanak tidak terkawal khususnya di Terengganu sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan selaras dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditandatangani Malaysia, di samping membantu pihak kerajaan dalam menambahbaik pengurusan kanak-kanak tidak terkawal di Terengganu.
Downloads
References
Abdul Rahim, A. (2012). Jenayah kanak-kanak dan undang-undang Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah, N.C. (2006). Family law for non-Muslims in Malaysia. International Law Book Services.
Ahmad, N. (2013). The unheard voices of child offenders: Time for reform for the youth justice system in Malaysia? The 6th world congress on family law and children’s right, Sydney, Australia on 17-20 March 2013. http://studylib.net/doc/8032532/time-for-reform-for-the-youth-justice-system-in-malaysia
Akram, M. (2007). A Study of some recent developments in the rising rate of delinquent behaviour in Malaysia. Malayan Law Journal, 7, xxxvii.
Bakar, B. (2022, August 5). Lima remaja merokok dalam kedai makan dikenakan kompaun. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/984826/lima-remaja-merokok-dalam-kedai-makan-dikenakan-kompaun
Bernama. (2016, July 25). Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 diwartakan. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/07/176834/akta-kanak-kanak-pindaan-2016-diwartakan
Child Frontiers. (2013). The Malaysian juvenile justice system: A study of mechanisms for handling children in conflict with the law. United Nations Children's Fund (UNICEF). https://www.unicef.org/malaysia/ .
Child Rights Coalition Malaysia. (December 2012). Laporan mengenai status hak kanak-kanak di Malaysia. Malaysian Child Resource Institute. http://www.mcri.org.my/wp-content/uploads/CRC-Report-Bahasa.pdf
Coalition for Juvenile Justice. (2013). National standards for the care of youth charged with status offenses. http://www.juvjustice.org/sites/default/files/ckfinder/files/National%20Standards%20for%20the%20Care%20of%20Youth%20Charged%20with%20Status%20Offenses%20FINAL(1).pdf
Creswell, J.W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (2nd ed.). Sage Publications Inc.
Creswell, J.W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.) Pearson Education Inc.
Dusuki, F. N. (2007). Perkembangan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia. In Shuaib, F.S. et.al, Pentadbiran keadilan: Artikel terpilih (pp 125–155). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Ali, A. (2006). Salah laku sosial remaja masa kini: Cabaran dan penyelesaiannya. In Abd Rashid, A.R, Hussin, S. & Tubah, J. (Eds), Institusi Keluarga: Menghadapi Cabaran Alaf Baru (pp 89-115). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamzah, H., Mustafa, J. & Che Din, M.F. (2011). Masalah sosial remaja masa kini. Institut Sosial Malaysia.
Harun, S.F. (2019, August 5). Remaja disangka hilang. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). https://www.ismakualaterengganu.com/2019/08/remaja-disangka-hilang.html
Hassan, M. (2008). Kanak-kanak dan jenayah: Pendekatan Akta Kanak-Kanak 2001. In Hj Ismail, K., Lukman Z.M. dan Hamsan, H.H. (Eds.), Pembangunan kanak-kanak: Teori, isu dan cabaran (pp 323 -340. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Hussin, N. (2012). Juvenile delinquency in Malaysia: Legal framework and prospects for reforms. International Islamic University Malaysia Law Journal, 15(2), 197-214. http://journals.iium.edu.my/iiumlj/index.php/iiumlj/article/view/68
Ilham, R. (2022, July 4). Dua kanak-kanak lari dari rumah ditemukan selamat. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/858321/dua-kanak-kanak-lari-dari-rumah-ditemukan-selamat
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2025). Institusi Kebajikan Asrama Akhlak. https://www.jkm.gov.my/main/article/institusi-kebajikan-asrama-akhlak
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2025). Laporan statistik tahunan. Jabatan Kebajikan Masyarakat. https://www.jkm.gov.my/main/documents/laporan-statistik-tahunan
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2025). Statistik kanak-kanak Malaysia 2024. Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/children-statistics-malaysia-20244 .
Jamaluddin, S. Z. (2002). Akta Kanak-Kanak 2001: Implikasinya terhadap ibu bapa, agensi kerajaan, badan kehakiman dan media. In Jamaluddin, S. Z., Talib, N. & Mohd Yusoff, J.Z. (Eds.), Siri Undang-Undang Mimi Kamariah: Akta Kanak-Kanak 2001 (pp 41–68). Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Awal, N.A. (2002). Child Act 2001: How far does it conform to UNCRC?. In Jamaluddin, S.Z., Talib, N. & Mohd Yusoff, J.Z. (Eds.), Siri Undang-Undang Mimi Kamariah: Akta Kanak-Kanak 2001 (pp 207 -234). Penerbit Universiti Malaya.
Moktar, N.I. (2024, August 15). 1,061 kes jual vape kepada remaja bawah umur di Terengganu. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/680363/edisi/terengganu/1061-kes-jual-vape-kepada-remaja-bawah-umur-di-terengganu.
Najmuddin, H. (2003). Memahami dan membimbing remaja nakal. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Nalasamy, P.R. & Abu Bakar Ah, S.H. (2003). Hak kanak-kanak dalam jagaan institusi awam. Penerbit Universiti Malaya.
Nayagam, J. (2012). Strengths and weakness of the protection mechanism and support system for reintegration of children in conflict with the law. The Malaysian Journal on Human Rights, 6, 60-79. http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/Binder1.pdf
Ngah, M.I.A. (2024, August 15). Ramai perokok di Terengganu ingkar larangan merokok dan menghisap vape di tempat awam. BuletinTV3. https://www.buletintv3.my/nasional/ramai-perokok-di-terengganu-ingkar-larangan-merokok-dan-menghisap-vape-di-tempat-awam/ .
Ramlan, Y. (2016, January 18). Undang-undang bakal benarkan sesiapa saja lapor ibu bapa cuai. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/undang-undang-bakal-benarkan-sesiapa-saja-lapor-ibu-bapa-cuai .
Sharif, Z. & Mohamad Roslan, N. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka, Journal of Education Psychology & Counseling, 1, 115-140. http://eprints.utm.my/12174/1/JEPC-2011-1-007.pdf
Sidhu, B. S. (2003). An overview of the Child Act 2001 and the criminal procedure aspects. Malayan Law Journal, 2, xlix.
United Nations Children’s Fund (UNICEF) Malaysia. (2020). Situation analysis of women and children in Malaysia 2020. https://www.unicef.org/malaysia/reports/situation-analysis-women-children-malaysia-2020.
Yahaya, A. & Hashim, S. (2008). Pelakuan agresif remaja. In Yahaya, A. Boon, Y & Hasim, S. (Eds), Personaliti Gaya Hidup Remaja (pp 81-116). Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Yeng, C. W. & Baharudin, R. (2014). Kefungsian keluarga dan tingkah laku keibubapaan. In Baharudin, R. & Abu Talib, M. (Eds.), Kefungsian Keluarga (pp 54-63). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Rashid, M. (2009). Juvenile justice in Malaysia: Role of the Department of Social Welfare. In Human rights and the administration of justice: SUHAKAM’s Conference in conjunction with Malaysian Human Rights Day 2008, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). http://www.iccwtnispcanarc.org/upload/pdf/7965505086Human%20Rights%20and%20the%20Administration%20of%20Juvenile%20Justice.pdf .
Zainury, M.A. (2019, June 18). Port ponteng sekolah kena serbu. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/33147/EDISI/Terengganu/Port-ponteng-sekolah-kena-serbu
Zakaria, A.H. (1996). Institutional care of minors: A discussion of some preliminary issues. In Majid, M.K. (Ed.), A collection of socio-legal essays (89-117). Universiti Malaya Press.
Zulkifli, A.R. (2019, April 23). Ramainya 54 orang ponteng sekolah... My Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/448043/ramainya-54-orang-ponteng-sekolah