Koperasi Sebagai Perusahaan Sosial? Penjajaran Semula Konsep Perusahaan Sosial ke atas Entiti Koperasi

  • Suraiya Ishak Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ahmad Raflis Che Omar Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Ksejahteraan Insan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zurinah Tahir Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Keywords: Koperasi, Perusahaan sosia, Akreditasi, Keusahawanan sosial, Enterprising nonprofit

Abstract

Koperasi merupakan entiti yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang memiliki ciri yang sama bagi mencapai objektif bersama melalui penggembelingan sumber dan usaha kolektif dengan penjanaan hasil melalui aktiviti perniagaan. Makalah konseptual ini bertujuan menghasilkan satu kerangka konseptual yang menjajarkan semula kedudukan koperasi dalam paradigma perusahaan sosial berdasarkan sorotan karya naratif. Hasil kajian mendapati, koperasi adalah entiti unik yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. Dalam skop penyertaan dalam aktiviti keusahawanan sosial, penglibatan koperasi adalah dalam kategori Enterprising Non-Profit. Bilangan jumlah koperasi yang kurang mendapat pengiktirafan perusahaan sosial (SE) telah berpunca daripada isu epistimologi dalam memperletakkan konsep keusahawanan sosial, perusahaan sosial dan koperasi dalam satu kerangka konseptual secara tepat. Penjajaran kerangka konseptual penting bagi memberi garis panduan pemikiran yang jelas tentang kedudukan koperasi sebagai bentuk perusahaan sosial yang berwibawa. Implikasinya, sebarang usaha memberi akreditasi perusahaan sosial kepada koperasi harus dibuat berasaskan kerangka penilaian penglibatan keusahawanan sosial di bawah skop enterprising nonprofit. Seterusnya, pihak pemberi penarafan akreditasi SE disaran mewujudkan kriteria khusus bagi penarafan SE untuk kategori koperasi dengan mengambil kira hakikat sejarah kewujudannya yang berasaskan konsep entiti hibrid yang unik semenjak era Revolusi Perindustrian.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Raflis Che Omar & Suraiya Ishak. (2022). Keusahawanan Sosial. Konsep dan Pelaksanaan. Bangi: Penerbit UKM.

Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits. The New York Times Magazines, September 13, 122-126.

Hacisűleyman, D. (2024). The development of cooperative movement in Italy. Eurosia Journal of Social Sciences and Humanities, 11(38), 78-87.

International Cooperative Alliance (ICA). (2025). https://ica.coop/en/cooperatives/what-is-a-cooperative

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. (2024). https://www.kuskop.gov.my/PerusahaanSosial/#

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2021). Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial. https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/mymagic-misc/SEA_Guideline.pdf

Kurimoto, A. (2023). Co-operative practices in championing Owen’s legacy in contemporary Japan. Journal of Co-Operative Studies, 56(3), 78-84.

Lavanya, V. & Chitra, S. (2022). A study of typology of social entrepreneurship: motivation, mission and challenges, critics. Journal of Positive School Psychology, 6(3), 7964-7973.

Lӧffel, U. & Gműr, M. (2024). Entrepreneurial cooperatives: the impact of entrepreneurial orientation on economic and social performance. Journal of Co-Operative Organization and Management, 12(2024), 1-13

Lift, J. A., Jeong, S., Idsardi, R. & Gardner, G. (2022). Literature reviews, theoretical frameworks, and conceptual frameworks: an introduction for new biology education researchers. Life Sciences Education, 21(3), 1-10.

Nilsson, J. (1985). Consumer cooperatives as consumer welfare organizations. Journal of Consumer Policy, 8(1985), 287-301.

Novkovic, S. (2008). Defining the co-operative difference. The Journal of Socio-Economics, 37, 2168-2177.

Othman, I.W., Mohamad, M., dan Abdullah, A. (2013). Cooperative movement in Malaysia: the issue of governance. International Journal of World Economics and Management Engineering, 7(6), 1488-1492.

Rakhsitha, Sonegara, S., Shreya, R., Kumawat, S., Singh, S., Raj, S. & Shukla, S. (2023). Profit maximization principles for business growth in the modern world. International Journal of Development Research, 13(4), 62511-62514.

Shelenko, D., Shpykuliak, O., Balaniuk, I., Sudomyr, S., & Sokhoivii, A. (2024). Cooperation in forming the social and economic welfare of rural territorial communities. Management Theory and Studies for Rural Business and Infrastructure development. 46(4), 534-550.

SKM. (2023a). Laporan Ekonomi Sektor Koperasi Tahun 2023. SKM. https://www.skm.gov.my/images/flippingbook/laporan-ekonomi/2023/LAPORAN%20EKONOMI%20SEKTOR%20KOPERASI%20TAHUN%202023%20-%20FINAL.pdf

SKM. (2023b). Perangkaan Koperasi Malaysia 2023. SKM. https://www.skm.gov.my/images/images/Statistik-Gerakan-Koperasi/Statistik-Tahunan/statistic-tahunan-2024/Buku%20Perangkaan%20Koperasi%202023.pdf

SKM. (2024). Perangkaan Koperasi Malaysia Interim Jun 2024. SKM. RINGKASAN PERANGKAAN INTERIM JUN 2024(PORTAL).pdf

Siregar, A.P., O’ Donoghue, C. & Whay, B. (2024). Agriculture Co-Operatives in Four Asian Countries:A Review of Institutional History. Reviews in Agricultural Science, 12, 24-44. DOI: https://doi.org/10.7831/ras.12.0_24

Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Sarmila Md Sum & Abdullah Sanusi Othman. (2020). Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 16(4), 84-101.

Suraiya Ishak, Sarmila Md. Sum, Ahmad Raflis Che Omar & Abdullah Sanusi Othman. (2019). Menjejaki amalan model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 15(1), 67-83.

Suraiya Ishak & Ahmad Raflis Che Omar, & Sarmila Md Sum, and Abdullah Sanusi Othman, (2020). Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 84-101.

The CO-OP Federation. (2023). The short History of Co-operatives. https://fed.coop/co-operatives-in-australia-a-manual/part-one-understanding-co-operatives/a-short-history-of-co-operatives/ .

Tremblay, E., Hupper, A., & waring, T.M. (2019). Co-operatives exhibit greater behavioral cooperation than comparable businesses: experimental evidence. Journal of Co-Operative Organization and Management, 7(2019), 1-7.

Visagie, J.C., Sibanda, V. & Coetzee, R. (2019). The evolution and models of corporate social responsibility. The Journal of Social Sciences Research, 5(12), 1885-1892.

Wrede, M. (2024). Social benefits of cooperatives- an economic perspective. De Gruyter, 73(4), 232-238.

Published
2025-04-14
How to Cite
Ishak, S., Che Omar, A. R. and Tahir, Z. (2025) “Koperasi Sebagai Perusahaan Sosial? Penjajaran Semula Konsep Perusahaan Sosial ke atas Entiti Koperasi”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(4), p. e003370. doi: 10.47405/mjssh.v10i4.3370.
Section
Articles