Meneroka Strategi Pembelajaran Bahasa bagi Kemahiran Mendengar Pelajar Bukan Penutur Natif Bahasa Melayu di Singapura
Abstract
Kemahiran mendengar merupakan teras utama dalam pemerolehan bahasa, namun sering terpinggir dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di Singapura. Persekitaran sosio-linguistik yang dominan dengan bahasa Inggeris menyukarkan pelajar bukan penutur natif menguasai kemahiran ini. Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) bagi kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar BMPK di Singapura. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 40 pelajar Menengah Dua daripada dua sekolah menengah. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diadaptasi daripada Model SPB Oxford (1990) dan Inventori SPB Zamri (2015). Analisis menggunakan SPSS versi 26.0 menunjukkan purata penggunaan strategi berada pada tahap sederhana hingga tinggi (min = 3.85; sisihan piawai = 0.45), dengan strategi kognitif (min = 4.25) dan metakognitif (min = 4.10) digunakan pada tahap tinggi. Strategi afektif, sosial, memori dan tampungan pula digunakan pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini menunjukkan keperluan memperkukuh penggunaan strategi sosial, afektif dan memori dalam pengajaran mendengar. Kajian ini mencadangkan pembangunan model pengajaran mendengar berasaskan strategi pembelajaran yang sistematik dan kontekstual bagi meningkatkan kecekapan mendengar pelajar bukan penutur natif Bahasa Melayu di Singapura.
Downloads
References
Ainon Mohd, & Abdullah Hassan. (2003). Belajar Berfikir. PTS Publications.
Cavallaro, F., & Ng, B. C. (2014). Language shift and maintenance in Singapore. International Journal of the Sociology of Language, 2014(226), 141–164. https://doi.org/10.1515/ijsl-2013-0084
Chamot, A. U., & O’Malley, J. M. (1994). The CALLA handbook: Implementing th cognitive academic language learning approach. Addison-Wesley Publishing Company.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). Routledge.
Curdt-Christiansen, X. L., & Silver, R. E. (2013). Singapore’s bilingual policy: Positive or negative? In A. Kirkpatrick & R. Sussex (Eds.), English as an international language in Asia: Implications for language education (pp. 55–73). Springer.
Dahlia Janan, Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi, Punaji Setyosari, Norliza Jamaluddin, Siti Saniah Abu Bakar & Lin, C. Y. (2024). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 21(1), 1-38. https://doi.org/10.32890/mjli2024.21.1.1
Ellis, R. (1994). The Study of Second Language Acquisition. Oxford University Press.
Ellis, R. (2008). The study of second language acquisition (2nd ed.). Oxford University Press.
Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2010). Strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar Melayu luar bandar di sekolah menengah di Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies, 10(1), 1–19.
Goh, C. C. M., & Burns, A. (2012). Teaching speaking: A holistic approach. Cambridge University Press.
Graham, S., & Macaro, E. (2008). Strategy instruction in listening for lower-intermediate learners of French. Language Learning, 58(4), 747–783. https://doi.org/10.1111/j.1467-9922.2008.00478.x
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Mazlan Rais. (2000). Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa dalam Jurnal Bahasa, 44(6), 701-714.
Ministry of Education. (2020). Nurturing bilingualism: Ministry of Education Singapore bilingual policy. Retrieved from https://www.moe.gov.sg/
Mohammad Alee Song. (2020). Language maintenance and shift: The Malay language in Singapore. Journal of Language, Identity & Education, 19(4), 1–14. https://doi.org/10.1080/15348458.2020.1754290
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Saiful, M. R., & Nor Azwahanum Nor Shaid. (2021). Strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Melayu dan bukan Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 17–29.
Nik Mohd Rahimi, N., Zamri, M., & Kamarulzaman, K. (2008). Pengajaran bahasa Arab di Malaysia: Isu-isu dan cabaran dalam konteks Pendidikan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 23-34
Noor Zilla Md. Yusuf & Amir Juhari. (2020). Tahap bahasa antara dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal IPDA, 26(1), 187-202.
Nora’ Azian Nahar. (2020). Hubungan Profesiensi Bahasa Melayu dengan Pencapaian Akademik Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan. Jurnal Bahasa, 20(2), 287-316
Norazilawati Abdullah. (2020). Pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar bukan penutur jati: Kajian kes pelajar antarabangsa di Malaysia. Jurnal Linguistik, 24(1), 77–93.
Nurul Izzati Ahmad Radzi, Nor Fariza Mohd Nor, & Mohd Nazri Latiff Azmi. (2021). Strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 18(2), 67–90. https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.4
Oxford, R. L. (1990). Language learning strategies: What every teacher should know. Newbury House Publishers.
Oxford, R. L. (2003). Language Learning Styles and Strategies: Concepts and Relationships. IRAL, 41(4), 271-278.
Pakir, A. (1991). The range and depth of English-knowing bilinguals in Singapore. World Englishes, 10(2), 167–179. https://doi.org/10.1111/j.1467-971X.1991.tb00149.x
Silver, R. E., & Bokhorst-Heng, W. D. (2016). Quadrilingual education in Singapore: Pedagogical innovation in language education. Springer.
Tan, L. (2011). The dynamics of multilingualism in Singapore schools. International Journal of Multilingualism, 8(2), 165–182. https://doi.org/10.1080/14790718.2010.550297
Vandergrift, L., & Goh, C. C. M. (2012). Teaching and learning second language listening: Metacognition in action. Routledge.
Wong, L. L., & Nunan, D. (2011). The Learning Styles and Strategies of Effective Language Learners. System, 39(2), 144-163.
Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2020). Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar cemerlang bahasa etnik Cina dan India dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 64-76.
Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Kamarulzaman Mohamed Zin. (2014). Strategi pembelajaran dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Jurnal Pendidikan, 28(2), 45–58.