Pembangunan Kerangka Pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi Murid Tahfiz Sepenuh Masa
Abstract
Murid tahfiz sepenuh masa yang mengikuti laluan pendidikan di luar sistem persekolahan arus perdana memerlukan akses kepada kelayakan akademik formal bagi memperluas peluang pendidikan dan hala tuju selepas tamat pengajian tahfiz. Program Trek Pantas SPM merupakan salah satu bentuk pendidikan alternatif yang menyediakan laluan kepada murid tahfiz untuk memperoleh kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh pembelajaran yang lebih singkat. Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi murid tahfiz sepenuh masa berdasarkan pengalaman pelaksanaan Program Trek Pantas SPM di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif generik dengan melibatkan lima informan utama yang dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan pengalaman dan penglibatan mereka dalam pelaksanaan program. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan Analisis Tematik Reflektif. Analisis menghasilkan lima domain utama, iaitu Keperluan Program, Reka Bentuk Program, Kapasiti Pelaksanaan, Tadbir Urus Kolaboratif dan Kelestarian Program. Dapatan menunjukkan bahawa pelaksanaan pendidikan alternatif bagi murid tahfiz bukan sekadar memerlukan penyediaan akses kepada kelayakan SPM, tetapi turut melibatkan penyesuaian reka bentuk pembelajaran, kapasiti tenaga pengajar dan sumber, penyelarasan pelbagai pemegang taruh serta mekanisme yang menyokong kesinambungan program. Kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif perlu dirancang secara responsif terhadap konteks dan keperluan murid tahfiz serta disokong oleh kapasiti institusi dan ekosistem pelaksanaan yang bersesuaian. Dapatan kajian dapat menjadi asas kepada usaha memperkukuh penyediaan laluan pendidikan alternatif yang lebih tersusun, inklusif dan berdaya tahan bagi murid tahfiz sepenuh masa.
Downloads
References
Abd Rahim, M. A. (2017). Program Fast-Track SPM YAPIS-UNISEL dan kecemerlangan pelajar tahfiz. Selangor Business Review, 2(1), 63–72.
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Braun, V., & Clarke, V. (2021). One size fits all? What counts as quality practice in (reflexive) thematic analysis? Qualitative Research in Psychology, 18(3), 328–352. https://doi.org/10.1080/14780887.2020.1769238
Durlak, J. A., & DuPre, E. P. (2008). Implementation matters: A review of research on the influence of implementation on program outcomes and the factors affecting implementation. American Journal of Community Psychology, 41(3–4), 327–350. https://doi.org/10.1007/s10464-008-9165-0
Kahlke, R. M. (2014). Generic qualitative approaches: Pitfalls and benefits of methodological mixology. International Journal of Qualitative Methods, 13(1), 37–52. https://doi.org/10.1177/160940691401300119
Kallio, H., Pietilä, A.-M., Johnson, M., & Kangasniemi, M. (2016). Systematic methodological review: Developing a framework for a qualitative semi-structured interview guide. Journal of Advanced Nursing, 72(12), 2954–2965. https://doi.org/10.1111/jan.13031
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2025). Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta.
Naseri, R. N. N., & Idris, N. H. (2025). Profiling the demographic and financial readiness of parents and guardians of Tahfiz graduates in Malaysia’s Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) programme. International Journal of Research and Innovation in Social Science, 9(9), 1046–1052. https://doi.org/10.47772/IJRISS.2025.90900093
Saleh, M. H., Hussin, H., Alias, N., Ahmad, A. M., & Daud, Z. (2025). Huffaz profesional: Peluang dan hala tuju lepasan tahfiz. Dalam Seminar Kecemerlangan Institusi Tahfiz di Malaysia. Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia & Iqra’ Centre for Ummah, Universiti Sains Islam Malaysia.
UNESCO. (2015). Education 2030: Incheon Declaration and Framework for Action for the implementation of Sustainable Development Goal 4. UNESCO.















