Takrifan Autoriti Sebagai Wacana Realiti Sosial dalam Kempen Bulan Penghayatan Kebangsaan

  • Sitinurbayu Mohd Yusoff Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Syahruddin Ag Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Aisah Meri Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Cyril Modili Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: realiti sosial, takrifan sosial, hari kebangsaan, takrifan harian

Abstract

Setiap tahun, perayaan Hari Kebangsaan disambut meriah dengan pelbagai kempen dan program anjuran kerajaan bagi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan ini dianjurkan dengan harapan ia dapat membina jiwa kenegaraan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Pengisian dalam kempen Hari Kebangsaan adalah sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatur pelan strategi yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Di sini, pengaruh realiti sosial takrifan autoriti dijangka memainkan peranan dalam mengawal situasi untuk mengekalkan sesuatu penguasaan yang telah diperolehi. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempen dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar.  Dalam masa yang sama kebijaksanaan kerajaan dalam merangka kandungan kempen perlu agar integriti kerajaan dalam memimpin negara diperolehi dan dipandang tinggi di mata dunia. Kaedah perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam telah dijalankan untuk mengenalpasti adakah wujudnya unsur ‘authority-defined’ dalam pemilihan isi kandungan kempen bulan Kebangsaan. Dapatan yang digarap daripada perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam dikaitkan dengan konsep realiti sosial takrifan autoriti sebagai pemangkin kepada pembentukan terhadap penguasaan dalam kalangan rakyat negara ini. Kajian ini diharap dapat memberikan  pemahaman yang lebih jelas mengapa konsep takrifan autoriti (authority-defined) itu lebih penting untuk dipraktiskan dalam pengurusan sesebuah pemerintahan berbanding amalan takrifan harian (everyday-defined).

 

Statistics
Abstract views: 31 , PDF downloads: 16

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahim Abd Rashid (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ashiqin Rosselly (15 Ogos 2018) Siapa Tak Kenal Tan Hong Ming? 15 Iklan Merdeka Yang Mampu Pupuk Semangat Cintakan NegaraDipetik daripada: https://says.com/my/seismik/iklan-merdeka-lama diakses pada 25 April 2019

Asmah Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Billig, M. (1993). Studying Nationalism as an Everyday Ideology. Papers on Social Representation, 2(1), 40-43.

Billig, M. (1995). Banal Nationalism. London: SAGE Publications Ltd. 

Baldi,P & Hasebrink, U. (2007). Broadcasters and Citizens in Europe: Trends in Media Accountability and Viewer Participation.UK: Intellect Books

Christopher McMahon. (1994). Authority and Democracy. A General Theory of Goverment and Management. New Jersey: Princeton University Press. 

Djajasudarma, F. (2012). Wacana dan Pragmatik. Bandung: PT. Refika Aditama.

Eko Prayitno Joko, Zaini Othman & Saat Awg. Damit. (2016). Belia dan Kelansungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo (Edisi Khas Konvekesyen ke-18 UMS)

Fairclough, N. (1995). Critical Discourse Analysis: The Critical Study of Language. Harlow: Longman.

Faridah Ibrahim, Badrul Redzuan (2012). Membangun “Sinema Sikap”: Memproblematik Hubungan Kekuasaan Melayu-Tionghua dalam Mukhsin. Jurnal Komunikasi Jilid 27(2), 137-160.

Hobsbawm, E & Ranger, T. (1983). The Invention of Tradition. Cambridge: Past and Present Publications

Hodge, R. & G. Kress. (1988). Social Semiotics. Cambridge: Polity

Hodge, R. (1990) Literature as Discourse: Textual Strategies in English and History. Polity Press.

Idris Aman. (2000). Bahasa, Kuasa, dan Ideologi: Analisis Wacana Kritis Sebutan Baku Bahasa Melayu. AKADEMIKA, 56, 121-133.

Jewitt, C & Oyama, R. 2001. Visual Meaning: A Social Semiotic Approach. London. SAGE Publications.

Kress, G. (2009) Critical Discourse Analysis dlm. Robert Kaplan, ed., Annual Review of Applied Linguistics, Vol. II.

Kress, G. (2010) Multimodality: A Social Semiotic Approach to Contemporary Communication. New York. Routledge.

Kress, G. (2012) Multimodal: Discourse Analysis. New York. Routledge.

Mohd. Foad Sakdan. (1997). Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Moriarty, S. and Duncan, T. (1990). How to Create and Deliver Winning Advertising Presentations. United States of America. NTC Business Books.

Nayan Ahmad. (1984). Komunikasi Visual Kewartawanan Foto. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Potter, J & Wetherell, M. (1992). Re-representing representations: discussion of Raty and Snellman. On-going production on Social Representations, 1, 15-20.

Ricoeur, P. (1986). Lectures on Ideology and Utopia. New York: Columbia University Press.

Shirato, T., Yell, Susan. (2000) Communication and Culture: An Introduction. Australia: Allen & Unwin.

Sitinurbayu & Badrul Redzuan. (2014). Implikasi Komunikatif Logo Hari Kemerdekaan: Sebuah Nota Penyelidikan. Jurnal Komunikasi, 30(1), 199-219

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad. (2015). Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita. Jurnal Komunikasi Borneo, 2.

Tarigan, Henry Guntur. 2009. Pengajaran Wacana. Bandung. Penerbit ANGKASA.

Van Leeuwen, T. (2005) Introducing Social Semiotics. London. Routledge.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2015). Patriotisme dan Ketatanegaraan. Kuala Lumpur: Arial Communications Sdn Bhd

Yang Yang. (2016). A Social Semiotic Approach to Multimodal Discourse of the Badge of Xi’an Jiaotong University. Theory and Practice in Language Studies, 6(8), 1596-1601.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zarina Othman, et al. (2016). Memelihara keselamatan Negara Malaysia: Peristiwa Lahad Datu, Sabah. GEOGRAFIA OnlineTMMalaysian Journal of Society and Space 12(7), 147-159.
Published
2020-08-02
How to Cite
Mohd Yusoff, S., Ag Ahmad, S., Meri, A. and Modili, C. (2020) “Takrifan Autoriti Sebagai Wacana Realiti Sosial dalam Kempen Bulan Penghayatan Kebangsaan”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(8), pp. 1 - 12. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/455 (Accessed: 5August2020).
Section
Articles