Isu Pembangunan Tanah Rizab Melayu Berpemilikan Bertindih
Abstract
Status Tanah Rizab Melayu yang berpemilikan bertindih telah pun wujud semenjak penubuhannya oleh penjajah British melalui Enakmen Rizab Melayu 1913. Faktor utama berlakunya pemilikan bertindih ini adalah disebabkan oleh proses berterusan pempusakaan tanah dari generasi ke generasi berikutnya. Keadaan ini memberikan implikasi negatif di dalam usaha membangunkan tanah tersebut. Artikel ini membincangkan mengenai isu membangunkan Tanah Rizab Melayu yang berpemilikan bertindih. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual semistruktur terhadap Pegawai Daerah Perak Tengah dan beberapa pemilik tanah yang terlibat dengan pemilikan bertindih Tanah Rizab Melayu. Analisis data kualitatif menunjukkan bahawa pertindihan pemilikan Tanah Rizab Melayu boleh mencetuskan masalah hubungan sosial dalam kalangan pemilik bersama dan seterusnya menghalang usaha membangunkannya. Adalah dicadangkan bahawa pemilik bersama lebih bertoleransi dan bersedia membangunkan tanah mereka secara skim usahasama atau membangunkan secara individu melalui proses pemecahan bahagian tanah. Bagi menyelesaikan isu kesukaran mendapatkan pembiayaan, pemilik tanah perlu memastikan projek pembangunan tersebut berdaya saing dan dilakukan di dalam zon pembangunan setempat.
Downloads
References
Azima et al. (2015). Faktor penghalang pembangunan Tanah rizab Melayu. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 11, 8, 100 – 109.
Azima Abdul Manaf & Ismail Omar. (2013). Tanah pertanian terbiar ekonomi institusi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bashiran Begum Mobarak Ali & Nor Asiah Mohamad. (2007). The ‘red-ink grants’: The Malays and the land. IIUM Law Journal, 15 (2), 279-283.
Chamhuri Siwar, (1976). Kehendak dan bentuk reformasi tanah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamzah Jusoh et al. (2013). Development process and its implication on the native land ownership. Asian Social Science, 9, 14.
Hanif et al. (2015). The challenge of rural life nostalgia: Barriers in redevelopment of Malay Reserve Land (MRL) in Klang Valley City. Territory and Architecture, 2,3.
Haniza Khalid. (2014). Do Malay estate-distribution practices contribute to lower land values? Middle-East Journal of Scientific Research 21 (9), 1561-1569.
Ismail Omar, W. Djurjani, & N. D. Priyono. (2010). Transaction cost and landownership constraints in the supply of brown field sites in Kuala Lumpur. Pacific Rim Property Research Journal, 16(1).
Ismail Omar. (2015). Enterprizing indigenous land in Kuala Lumpur: Constraining factors of Malay Reservation Land. International Journal of Trade & Global Business Perspectives, 4, 2.
Jasni Sulong & Mohd Marbawi Taha. (2016). Implications of multiple land ownership in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 6(5).
Kanun Tanah Negara, 1965.
Md Said@ Mohd Zaid Abdullah & Ismail Omar. (2012). Pembangunan tanah dan halangannya. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Said Abdul Kadir Al-Haj. (1997). Dasar pembangunan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor: Satu cadangan. kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pembangunan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor. 27 February 1997, Hotel Concorde, Shah Alam Selangor.
Nik Hashim Mustapha et al. (1996). Pembangunan Tanah Rizab Melayu dari perspektifekonomi. Persidangan Pembangunan Tanah Rizab Melayu, November 9th 1996.
Nik Mohd Zain. (1996). Pembangunan tanah rizab Melayu dari perspektif sejarah, perundangan dan pembangunan masa depan. Persidangan Pembangunan Tanah Rizab Melayu, November 9th, 1996.
Nor Ghani Md. Nor & Mohd Azlan Shah Zaidi. (1999). Cadangan model teoritikal bagi menilai kecekapan pelaburan dalam pembangunan Tanah Rizab Melayu. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum.7 (2), 97.
Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah.
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
Shafie Bakar. (1980). Implikasi sosial dan ekonomi dalam pembangunan tanah terbiar. Presented at Workshop on Idle Land Development organized by the Ministry of Agriculture and Land and Regional Development, Serdang, Selangor, October 5-7, 1980.
Shahrom Md Ariffin. (2013). Malay Reservation Land: Unleashing a century of trust. International Surveying Research Journal, 3, (2), 6.
Setterfield, M. (1997). Abandoned buildings: Models for legislative & enforcement reform. Research project 23. Hartford: Trinity Center for Neighborhoods.
Tuan Muhamad Ghopran Bin Yeop Hamzah, Pegawai Daerah Perak Tengah. (2018). Temubual pada 24 Januari, 2018.
Ungku Abdul Aziz (1958). Land disintegration and land policy in Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Utusan Malaysia. (2008).
Wan Abdul Halim Wan Harun. (2011). Mengurus harta pusaka, Selangor: PTS Professional.















