Penterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab “Saacah Baghdad: Riwayah” ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi Google

  • Arnida A.Bakar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Lubna Abd Rahman Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords: unsur budaya, aplikasi e-Translasi, google translate, novel Arab, bahasa Inggeris

Abstract

Kajian ini memfokuskan penterjemahan makna unsur budaya dalam novel Arab yang bertajuk “Saacah Baghdad: Riwayah” ke bahasa Inggeris melalui aplikasi e-Translasi Google. Budaya dimiliki oleh masyarakat tertentu dan dipraktikkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain dalam satu kelompok manusia berdasarkan tempat dan situasi. Budaya mempunyai kaitan dengan norma serta tatacara hidup dan bahasa yang dipertuturkan dalam masyarakat tersebut. Unsur budaya yang terbahagi kepada budaya kebendaan (material) dan budaya bukan kebendaan (bukan material). Bagi penterjemahan makna unsur budaya tersebut, selalunya berlaku kesulitan dan cabaran yang dihadapi bagi mendapatkan kesepadanan makna kata budaya tidak kira sama ada oleh penterjemah itu sendiri mahupun mesin yang mengendalikan terjemahan atau aplikasi e-Translasi seperti Google Translate (GT). Kesukaran ini disebabkan oleh jurang serta kelainan budaya dan bahasa yang wujud antara teks sumber dan teks sasaran. Faktor inilah yang mendorong pengkaji untuk melakukan kajian berkaitan unsur budaya antara dua bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menelusuri penterjemahan makna unsur budaya yang dilakukan oleh Google Translate dalam novel Arab "Saacah Baghdad: Riwayah" ke bahasa Inggeris. Kajian turut meninjau pendekatan terjemahan yang digunakan oleh aplikasi tersebut bagi membekalkan makna yang dikehendaki dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh menjelaskan lagi mesej yang hendak disampaikan ke dalam bahasa sasaran. Kajian menganalisis sampel unsur budaya terpilih berdasarkan kategori yang diketengahkan oleh Newmark (1988) serta berpandukan kamus atas talian (almaany dan Merriam-Webster) bagi mendapatkan ketepatan maksud yang dikehendaki. Kajian mendapati aplikasi e-Translasi Google menghadapi kesukaran dalam menterjemah makna unsur budaya dengan baik, di samping berlaku penyelewengan makna dalam membekal dan menyalurkan maklumat ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan disiplin terjemahan dengan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi yang dikendalikan oleh Google Translate, terutamanya dalam terjemahan unsur budaya. Kajian ini diharap dapat membantu pengkaji dalam bidang penterjemahan khususnya berkaitan elemen budaya dan terjemahannya antara dua bahasa.

Statistics
Abstract views: 73 , PDF downloads: 57

Downloads

Download data is not yet available.

References

Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan Kebendaan Dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 2, 160-175.

Furqanul Aziez & Kosadi Hidayat. (2019). Pengaruh Penggunaan Google Translate Terhadap Kualitas Terjemahan Mahasiswa PSM PBSI UMP. METAFORA, 5(2), 88-103.

Ghazala, Hasan. (2015). Translating Culture: A Textbook. Saudi Arabia: Konooz Al-Marifa.

Ika Suzainna Let & Rohaidah Kamarudin. (2018). Penterjemahan Unsur Budaya dalam Bahasa Kiasan daripada Lagu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Jurnal Kesidang, 3, 1-8.

Imran Ho. (2003). Teknologi Terjemahan untuk Pendidikan dalam Era Globalisasi dan Ekonomi Berasaskan Ilmu. Dalam himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9, Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamus dalam talian - Almaany. https://www.almaany.com/

Kamus dalam talian - Merriam Webster. https://www.merriam-webster.com/dictionary/dictionary

Lubna Abd Rahman & Arnida A Bakar. (2018). Terjemahan Teks melalui Google Translate (GT): Analisis Tugasan Pelajar FPBU. Dalam Prosiding Seminar Terjemahan dan Interpretasi Antarabangsa. Pulau Pinang: USM, hlm. 74-82.

Mohamad Nor Amin Samsun Baharun dan Naimah Abdullah. (2011). Kesilapan Terjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu dalam Ejen Carian Google: Satu Kajian Semantik. Dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-13, Globalisasi melalui Penterjemahan: Pemangkin Kecemerlangan Ilmu dan Teknologi, hlm. 1-12.

Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. United Kingdom: Prentice Hall International (UK) Limited.

Nida, E. A. (1975). Exploring Semantic Structures, München: Fink.

Nur Naimah Akmar Kamaruddin & Harun Baharudi. (2016). Penggunaan Google Translate dalam Aktiviti Terjemahan Kata Arab. Selangor: Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, hlm. 274-279.

Nurul Syafiqah Daud & Wan Rose Eliza Abdul Rahman. (2018). Isu-isu Penggunaan Google Translate dalam Penterjemahan Cerpen The Lottery ke dalam Bahasa Melayu. Dalam Prosiding Seminar Terjemahan dan Interpretasi Antarabangsa. Pulau Pinang: USM, hlm. 66-73.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2012). Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Shahad al-Rawi. (2016). Saacah Baghdad: Riwayah. London: Dar al-Hikmah.

.
Published
2021-03-08
How to Cite
A.Bakar, A. and Abd Rahman, L. (2021) “Penterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab ‘Saacah Baghdad: Riwayah’ ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi Google”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), pp. 69 - 79. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.685.
Section
Articles