Peranan Undang-Undang Kecil dalam Membentuk Keperibadian Masyarakat
Abstract
Kerajaan tempatan adalah kerajaan yang paling dekat dengan masyarakat setempat selepas kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Setiap kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk menggubal undang- undang kecil di bawah pentadbiran masing-masing. Undang- undang kecil merupakan penggubalan undang-undang dibawah peruntukan bidang kuasa kerajaan tempatan dalam melaksanakan tugas dan fungsi meliputi kawasan pentadbiran yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Sesetengah undang- undang kecil berperanan dalam membentuk keperibadian masyarakat terutamanya di kawasan kerajaan tempatan yang agak berbeza kandungannya seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang initipatinya sangat berlainan dengan perlaksanaan undang-undang kecil kerajaan tempatan di negeri-negeri lain di Malaysia sepertimana dengan perlaksanaan peruntukan undang- undang kecil yang menyarankan penutupan aurat dan pakaian sopan dikalangan peniaga dan premis perniagaan . Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana undang-undang kecil yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dapat mempengaruhi dan membentuk keperibadian masyarakat tempatan di daerah Kota Bharu, Kelantan
Downloads
References
Phang Siew Nooi (1989), Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.mpkbbri.gov.my/ms/mpk/profil/latar-belakang akses pada 23 Februari 2018
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/denda-penjara-tidak-tutup-aurat-1.533799 akses pada 23 Februari 2018
https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/11/26/kelantan-refuses-to-budge-from-unisex-hair-salon-ruling/ akses pada 23 Februari 2018
http://upknkelantan.com/undang-undang-kawal-gejala-sosial-di-kelantan akses pada 23 Februari 2018
http://ujieothman.blogspot.my/2012/01/papan-iklan-di-kelantan.html akses pada 23 Februari 2018