Kesahan Modul Pembangunan Produk bagi Subjek RBT Tingkatan 3 dalam kalangan Guru SMK di Selangor

  • Nurul Najwa Binti Yusoff Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Che Ghani Bin Che Kob Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Maswani Ismail Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Kesahan, Modul, Pembangunan Produk, RBT, Soal selidik

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menguji kesahihan kandungan Modul Pembangunan Produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam kalangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah penyelidikan kajian tinjauan (survey) untuk mengumpul data melalui soal selidik yang berkaitan dengan penilaian keseluruhan terhadap kandungan modul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri dari tiga orang panel pakar yang telah ditetapkan ciri-cirinya. Ketiga-tiga panel pakar ini mestilah merupakan guru RBT yang mengajar di sekolah menengah harian. Selain itu, panel pakar juga haruslah mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan juga Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) lebih daripada 10 tahun. Keputusan bagi kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahihan yang tinggi sebanyak 92 peratus. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item di dalam konstruk modul Reka Bentuk Dan Teknologi seperti kulit hadapan modul, pengenalan, panduan penggunaan, objektif dan kandungan modul mempunyai kesahan kandungan yang tinggi berdasarkan pandangan dari perspektif pakar. Justeru, kesahan kandungan modul Reka Bentuk Dan Teknologi yang tinggi dapat menjadikan modul ini sebagai panduan dan rujukan oleh guru dan murid.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Din, R., Ahmad, M., Kz, M. F., Sidek, N. M., Karim, A. A., Johar, N. A., Jusoff, K., Zakaria, M. S., Mastor, K. A., & Ariffin, S. R. (2009). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya E-Pembelajaran (Else) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, (JQMA), 5(2), 15-27.

Ghani, F. Abd., & Aris, M. (2012). Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kemahiran Mengawal Stress Kehidupan Guru. Sains Humanika, 58(1). https://doi.org/10.11113/sh.v58n1.202

Kamarul Azmi Jasmi (2012). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). KSSM Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 1: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A Practical Approach To Design & Evaluation. California: Sage Publication.

Lee Abdullah, M. F. N., & Wei, L. T. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14 (1), 211-265. https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.1.9

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Piaw, C. Y. (2014). Kaedah Penyelidikan Edisi Ketiga. Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Rakib, M. K., Kob, C. G. C., Shah, A., & Arasinah. (2019). The Validity of the Critical Thinking Instrument in the TIG Welding Training Modules based on Project Based Learning (PBP) in the Subject (DJJ3032) of the Mechanical Workshop Practice 3 in Malaysian Polytechnic. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(1), 18-25. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i1/5325

Sahaat, Z., & Nasri, N. M. (2020). Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 51-59. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-07

Saper, M. N., Daud, N. A. M., & Ahmad, N. (2016). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual Counseling) Ke Atas Pelajar Bermasalah Tingkah Laku. International Journal of Islamic Thought, 9, 32-43.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan Dan Modul Akademik. Universiti Putra Malaysia.

Zaiha Nabila. (2014). Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Amali Reka Bentuk Dan Teknologi Di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn.

Published
2023-02-28
How to Cite
Yusoff, N. N., Che Kob, C. G. and Ismail, M. (2023) “Kesahan Modul Pembangunan Produk bagi Subjek RBT Tingkatan 3 dalam kalangan Guru SMK di Selangor”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), p. e002118. doi: 10.47405/mjssh.v8i2.2118.
Section
Articles