Menggunakan Model Penilaian CIPP Untuk Mengukur Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Interaksi Pertuturan dalam Bahasa Melayu

  • Pairah Satariman Fakulti Bahasa & Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Dahlia Janan Fakulti Bahasa & Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Kurikulum, Semakan kurikulum, Pertuturan dua hala, Spontan, Pelaksanaan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam kemahiran interaksi pertuturan dalam Bahasa Melayu (BM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011. Kedua-dua kaedah, iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam (2003) dipilih untuk menilai program ini. Model penilaian ini mengandungi empat komponen, iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Kajian ini hanya menggunakan penilaian produk untuk mengukur pencapaian pelajar. Seramai tiga orang guru terlibat dalam temu bual, sementara 15 orang pelajar dipilih untuk ujian pertuturan dan lima orang pelajar untuk temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar boleh bertutur secara interaktif (dua hala) tetapi mengalami banyak kesukaran untuk bertutur secara lancar, spontan dan yakin. Para guru dan pelajar yang menjadi responden memberikan maklum balas tentang beberapa keprihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan ini seperti buku, teks, buku aktiviti, bahan-bahan bukan bercetak yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan masa kurikulum yang tidak mencukupi, latihan guru dan aktiviti sokongan. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada semakan kurikulum pada masa akan datang, pembina kurikulum, pembina bahan pengajaran, guru-guru Bahasa Melayu dan juga kepada organisasi yang menjalankan latihan bagi para guru yang sedang berkhidmat di sekolah dan juga bakal guru yang akan menyertai bidang perguruan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alkin, M. C. (2004). Evaluation roots: Tracking theorists’ views and influences. Sage.

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative and mixed method approaches. Sage.

Department of Statistics Singapore. (2021). Singapore Census of Population 2020, Statistical Release 1: Demographic characteristics, education, language and religion. Diperoleh daripada https://www.singstat.gov.sg/publications/reference/cop2020/cop2020-sr1. ISBN 978-981-18-1381-8.

Dolhamid, N. F. (2016). PM Lee: Dasar dwibahasa aset yang bezakan S'pura daripada negara lain. BeritaMediaCorp. Diperoleh daripada https://berita.mediacorp.sg/singapura/pm-lee-dasar-dwibahasa-aset-yang-bezakan-s-pura-daripada-negara-348601

Ellis, R. (2009). The differential effects of three types of planning on fluency, complexity, and accuracy in L2 oral production. Applied Linguistics, 30(4), 474-509. https://doi.org/10.1093/applin/amp041

Gopinathan, S. (1998). Language policy changes 1979–1997: Politics and pedagogy. In S. Gopinathan, A. Pakir, W. K. Ho, & V. Saravanan (Eds.), Language, society, and education in Singapore: Issues and trends (2nd ed., pp. 19–44). Times Academic Press.

Halik, A. F. A., & Jayasundara, N. S. (2021). Lack of vocabulary: A barrier to the oral communication skills of GCE A/L students in the Trincomalee District of Sri Lanka. මානවශාස්ත්‍ර පීඨ ශාස්ත්‍රීය සංග්‍රහය, 28, 81-92. Diperoleh daripada https://journals.kln.ac.lk/jhu/media/attachments/2021/12/02/chapter-07.pdf

Humaera, I. (2015). Inhibition in speaking performance. Journal of The Association for Arabic and English, 1(1), 31-50.

Izumi, S. (2003). Comprehension and production processes in second language learning: In search of the psycholinguistic rationale of the output hypothesis. Applied Linguistics, 24(12), 168-196. https://doi.org/10.1093/applin/24.1.168

Izumi, S., & Bigelow, M. (2000). Does output promote noticing and second language acquisition? TESOL Quarterly, 34(2), 239-278. https://doi.org/10.2307/3587742

Johnson, K., & Johnson, H. (1999). Interaction hypothesis. In Encyclopedic dictionary of applied linguistics: A handbook for language teaching. Blackwell Publishers.

Johnson, R. B., & Christensen, L. (2014). Educational research: Quantitative, qualitative, and mixed approaches (5th ed.). Sage.

Karayan, S., & Gathercoal, P. (2005). Assessing service-learning in teacher education. Teacher Education Quarterly, 32(3), 79-92.

Lee, K. W. (2012). My lifelong challenge: Singapore's bilingual journey. Straits Times Press.

Leong, L. M., & Ahmadi, M. (2017). An analysis of factors influencing learners’ English speaking skill. International Journal of Research, 2, 34–41.

Long, M. H. (1996). The role of the linguistic environment in second language acquisition. In W. C. Ritchie & T. K. Bhatia (Eds.), Handbook of second language acquisition (pp. 413-468). Academic Press.

Ministry of Education (MOE). (2010). Laporan Jawatankasa Semakan Bahasa Ibunda – Memupuk Pelajar Aktif dan Pengguna Cekap. Kementerian Pendidikan Singapura.

Ministry of Education (MOE). (2011). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2011. Kementerian Pendidikan Singapura.

Ministry of Education (MOE). (2015). Jauhari Monitoring Report. Ministry of Education.

Muliadi, M. (2018). The effects of vocabulary mastery on speaking ability in view of communicative competence of the Ma Nw Nurul Haromain graders. Jurnal Pendidikan Mandala, 3(3). Diperoleh daripada https://ejournal.mandalanursa.org/index.php/jupe/article/view/1324

Pawilen, G. T. (2019). The teacher and the school curriculum: A guide to curriculum development practice. Rex Book Store.

Singapore Examination and Assessment Board. (2014). GCE Ordinary Level for School Candidates. Diperoleh daripada https://www.seab.gov.sg

Stufflebeam, D. L. (2003). The CIPP model for evaluation. In Kluwer international handbooks of education: International handbook of educational evaluation (Vol. 9, pp. 31–62). Springer. https://doi.org/10.1007/978-94-010-0309-4_4

Swain, M. (1995). Three functions of output in second language learning. In G. Cook, & B. Seidlhofer (Eds.), Principle and practice in applied linguistics: Studies in honour of H. G. Widdowson (pp. 125-144). Oxford University Press.

Published
2025-02-26
How to Cite
Satariman, P. and Janan, D. (2025) “Menggunakan Model Penilaian CIPP Untuk Mengukur Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Interaksi Pertuturan dalam Bahasa Melayu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(2), p. e003270. doi: 10.47405/mjssh.v10i2.3270.
Section
Articles