Pembinaan Bangsa Masyarakat Majmuk: Diskursif Kritis Buku Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan - Siddiq Fadzil
Abstract
Wacana perdebatan mengenai konsep dan pembinaan bangsa dalam kalangan masyarakat pluralistik di Malaysia merupakan suatu tema perbahasan yang signifikan dalam wacana kenegaraan. Buku “Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan” tulisan Siddiq Fadzil terbitan Institut Darul Ehsan (iDE) menawarkan satu perspektif dan kerangka pemikiran yang mementingkan soal pengurusan kepelbagaian sebagai asas dalam pembentukan identiti kebangsaan. Artikel ini bertujuan untuk mengulas secara analitis buku tersebut dengan meneliti secara mendalam dari konteks kerangka teori dan konseptual, pendekatan analisis hujahan utama kandungan, serta sumbangan dan relevansi buku tersebut terhadap realiti sosial dan politik serta wacana idea pembinaan bangsa dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ulasan kritis buku ini menggunakan pendekatan analisis teks dan interpretasi kritikal, di mana ulasan artikel ini menilai bagaimana penulis mampu mengemukakan konsep kesatuan dalam kepelbagaian sebagai tunjang utama integrasi sosial dan politik. Artikel ini bersifat mengulas dan membincangkan kekuatan buku ini dari konteks pemikiran normatif dan sumbangan intelektualnya terhadap wacana kewarganegaraan inklusif. Namun demikian, artikel ini turut membincangkan kelemahan akan hujah-hujah yang mampu diperkukuhkan lagi melalui analisis empirikal yang lebih mendalam terutamanya dalam soal cabaran praktikal pembinaan bangsa dalam masyarakat majmuk. Secara keseluruhanya, buku ini merupakan satu sumbangan yang penting dalam memahami hubungan antara identiti, kewarganegaraan, dan perpaduan nasional dalam konteks Malaysia majmuk kontemporari pasca global.
Downloads
References
Fukuyama, F. (2018). Identity: Contemporary identity politics and the struggle for recognition. Profile books. https://www.researchgate.net/publication/338007318_Identity_Contemporary_Identity_Politics_and_the_Struggle_for_Recognition_by_Francis_Fukuyama
Kabeer N. (2004). Introduction: the search for inclusive citizenship, meaning and expression in an inter-connected world. Zed Books. https://hdl.handle.net/20.500.12413/12470
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. 3, 61-84. https://journalarticle.ukm.my/248/1/1.pdf
Nurfarhana Che Awang. (2023). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Konsep Kewarganegaraan Inklusif Antara Normatif dan Realiti: Kajian Kes di Kelantan dan Pulau Pinang. PhD Tesis. Universiti Sains Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di dalam Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3, 61-84. Universiti Kebangsaan Malaysia.https://journalarticle.ukm.my/248/1/1.pdf
Siddiq Fadzil. (2018). Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan. Penerbit Institut Darul Ehsan. http://kllibrary.dbkl.gov.my/client/en_US/pkl/search/detailnonmodal/ent:$002f$002fSD_ILS$002f0$002fSD_ILS:242917/one?qu=Siddiq+Fadzil,+++author&pe=r%3A111111111111&ps=300
Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi. Di dalam Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. 3, 61-84. https://journalarticle.ukm.my/248/1/1.pdf















