Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berkediaman (Persendirian / NGO) di Negeri Selangor

  • Syed Lamsah Syed Chear Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL)
  • Said Darkasi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL)
  • Fadliah Darini Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL)
  • Irma Syuryani Jaswir Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL)
  • Noor Izzati Abdul Hamid Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL)
Keywords: rumah kebajikan kanak-kanak, pengurusan institusi sosial, kesejahteraan sosial

Abstract

Selangor dianggap sebagai negeri termaju di Malaysia serta menjadi pusat pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa diduga Selangor merupakan antara negeri yang menerima jumlah tertinggi bantuan kanak-kanak selepas Sarawak, Sabah, Kelantan dan Johor. Selangor mencatatkan jumlah terbanyak pusat jagaan kanak-kanak berdaftar dan jumlah penghuni tertinggi. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau operasi Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berkediaman (Persendirian/Swasta/NGO) di negeri Selangor. Data kajian diperolehi melalui lawatan dan pemerhatian di lapangan, temubual berstruktur dengan pengurus institusi dan semakan dokumen. Sebanyak 46 buah institusi telah dilawati dalam tempoh kajian. Bagaimanapun hanya 28 buah institusi yang bersedia terlibat dengan kajian iaitu mewakili 42% daripada jumlah institusi di seluruh negeri Selangor. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa tahap kualiti pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berkediaman (Persendirian/Swasta/NGO) di negeri Selangor amnya adalah baik kerana mempunyai fasiliti minima yang diperlukan serta diuruskan oleh individu yang berkelayakan. Kajian ini mencadangkan agar agensi-agensi berwajib di peringkat negeri khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan memberi lebih perhatian terhadap pengoperasian rumah kebajikan kanak-kanak. Ianya penting untuk memastikan kanak-kanak dalam jagaan rumah kebajikan berpeluang membangunkan diri dengan cara yang sama berkualiti seperti kanak-kanak dalam jagaan ibu-bapa agar mereka mampu dan lebih bersedia untuk meneroka kehidupan serta menghadapi cabaran selepas keluar daripada institusi jagaan.

Statistics
Abstract views: 22 , PDF downloads: 2

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adhabi, E., & Anozie, C.B. (2017). Literature review for the type of interview in qualitative research. International Journal of Education, 9(3), 86-97. doi:10.5296/ije.v9i3.11483

Awang, A., Sayuti, R., Jamaluddin, Z., & Chong, C. C. (2004).  Simposium kebangsaan kebajikan kanak-kanak 2004. Kepentingan terbaik kanak-kanak: Isu & cabaran. Permasalahan anak yatim di Institusi Kebajikan Anak Yatim, 11. Muat-turun daripada  https://www.mendeley.com/catalogue/simposium-kebangsaan-kebajikan-kanakkanak-2004-kepentingan-terbaik-kanakkanak-isu-cabaran/  

Bandura, A. (1986). Social foundation of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Di dalam Zhou, M., & Brown, D. (2015). Educational learning theories. Chapter 3. A. Bandura: Social cognitive theory. Education Open Textbooks. 

Fraenkel, J.R., & Wallen, E.W. (2006). How to design and evaluate research in education. Boston, MA: McGraw Hill. Dalam Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (Edisi kedua). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education. 

Ghani, N. A., Noordin, N., Zulkifli, N. I., Abdullah, B., & Ghazalli, F. S. M. (2016). Social support for the elderly at darul hanan nursing home, Penang, Malaysia. Man in India, 96(12), 5209–5228. 

Harden, B. J., & Whittaker, J. V. (2011). The early home environment and developmental outcomes for young children in the child welfare system. Children and Youth Services Review, 33(8), 1392–1403. https://doi.org/10.1016/j.childyouth.2011.04.009

Jabatan Kebajikan Masyarakat (2016). Laporan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat. Muat-turun daripada http://www.jkm.gov.my/  

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013a). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Peringkat prasekolah hingga lepasan menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Muat-turun daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file   

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013b). Ringkasan eksekutif. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Peringkat prasekolah hingga lepasan menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Perangkaan pendidikan Malaysia. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Khalid, K.A.T (2016). Dilemma kemiskinan: Falsafah, budaya dan strategi. Akademika, 86(2). https://doi.org/10.17576/akad-2016-8602-05 

Lim, W., Xin, W., Sulaiman, N., & Baldry, D. (2013). A conceptual framework for understanding the social care facilities management audit (SCFMA) at the residential care home for the elderly (RCHfE) in Malaysia. 2nd International Conference on Management, Economics and Finance (2nd Icmef 2013), (October), 112–140. 

Muhammad Zayyid, M., Saidatul Saadah, R., Adil, A. R., Rohela, M., & Jamaiah, I. (2010). Prevalence of scabies and head lice among children in a welfare home in Pulau Pinang, Malaysia. Tropical Biomedicine, 27(3), 442–446. 

Nalasami, P. R., Bakar, S. H. A., Yusoff, J. Z., Wahab, H. A., Omar, N., & Islam, M. R. (2015). Implementation of Child Rights in the Children’s Homes in Malaysia. Asian Social Work and Policy Review, 9(3), 232–244. https://doi.org/10.1111/aswp.12061

Noraini, I.(2013). Penyelidikan dalam pendidikan (Edisi kedua). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education. 

Pathmanathan, R. N. & Siti Hajar, A.B. (2013). Hak kanak-kanak dalam jagaan institusi awam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Siti Hajar, A.B., Noralina, O., & Zaiton, A. (2017). Penyertaan sosial dan indeks kesejahteraan sosial subjektif kanak-kanak miskin di Malaysia. Akademika, 87(2), 105-118. https://doi.org/10.17576/akad-2017-8702-08 

Skinner, B.F. (1974). About behaviorism (1st ed.). New York: Random House. Di dalam Zhou, M., & Brown, D. (2015). Educational learning theories. Chapter 1. Behaviorism B. F. Skinner: Response approach toward learning. Education Open Textbooks. 

Stahmer, A. C., Hurlburt, M., Horwitz, S. M. C., Landsverk, J., Zhang, J., & Leslie, L. K. (2009). Associations between intensity of child welfare involvement and child development among young children in child welfare. Child Abuse and Neglect, 33(9), 598–611. https://doi.org/10.1016/j.chiabu.2008.07.008 

Sy. Ariffin, Sy. (2013). Orphanage welfare and care centre as integration with community. Arts and Design Studies, 13(n/a), 31–37. 

Tan, S. H. (2017). Assessing the needs of caregivers of children with disabilities in Penang, Malaysia. Health and Social Care in the Community, 25(2), 447–457. https://doi.org/10.1111/hsc.12325

Tongco, M.D.C. (2007). Purposive Sampling as a tool for informant selection. Ethnobotany Research & Applications, 5, 47-158. 

Universiti Putra Malaysia (2017). Laporan akhir. Kajian keberkesanan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. UPM Consultancy & Services Sdn bhd (A subsidiary of UPM Holdings). 

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society. Cambridge, MA: Harvard University Press. Di dalam Zhou, M., & Brown, D. (2015). Educational learning theories. Chapter 4. Vygotsky: Social cultural learning. Education Open Textbooks. 
Published
2020-08-02
How to Cite
Syed Chear, S. L., Darkasi, S., Darini, F., Jaswir, I. and Abdul Hamid, N. I. (2020) “Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berkediaman (Persendirian / NGO) di Negeri Selangor”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(8), pp. 22 - 32. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/457 (Accessed: 5August2020).
Section
Articles