Impak Perintah Kawalan Pergerakan terhadap Golongan Miskin: Satu Analisis Cerpen “Kuncitara”

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Rohaya Md Ali Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Muhammad Wafi Ramli Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Keywords: Cerpen, golongan miskin, pandemik COVID-19, perintah kawalan pergerakan

Abstract

Tahun 2020 yang di canang-canangkan sebagai kemuncak ketamadunan moden manusia, akhirnya telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi masyarakat dunia. Hal akibat daripada musuh kecil dan licik, iaitu COVID-19 yang telah meragut jutaan nyawa dan menjadi ancaman global yang digeruni. COVID-19 juga menular di Malaysia dengan pengesanan awal pada Januari 2020. Bilangan jangkitan kemudian mencanak naik pada bulan-bulan berikutnya. Bagi memutuskan rantaian jangkitan, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, langkah ini tidak seindah yang dijangkakan kerana ia memberikan impak yang besar terhadap masyarakat terutamanya golongan miskin. Sebenarnya, situasi pandemik dan PKP yang berlaku ini mendapat perhatian penulis-penulis kreatif yang menzahirkan penceritaan ke dalam bentuk karya kesusasteraan. Oleh itu, dengan mengambil kira cerpen yang dihasilkan oleh Saiful Ghazali yang bertajuk “Kuncitara” (2020), makalah ini bertujuan mengkaji impak PKP terhadap golongan miskin berdasarkan cerpen tersebut. Cerpen ini dianalisis secara tekstual dengan berpandukan konsep sosiologi sastera. Hasil kajian mendapati bahawa, seperti mana yang ditonjolkan dalam cerpen “Kuncitara” terdapat enam tema isu permasalahan yang membelenggu golongan miskin ketika PKP, iaitu ketidakstabilan emosi, tekanan hidup, keganasan tingkah laku, masalah sosial, ancaman kesihatan dan pengingkaran norma. Kajian ini dirujuk signifikan bagi memahami isu-isu yang berlaku terhadap golongan miskin semasa PKP dan membuktikan karya kesusasteraan mampu menjadi saluran yang baik dalam memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan isu-isu tersebut.

Statistics
Abstract views: 137 , PDF downloads: 192

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad, S. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat, A. (2011). Ngayau sebagai sebuah novel berwarna tempatan: Satu kajian sastera. MANU-Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 17, 39-56.

Anwar, N.I. (2020, 17 Mei). Kemiskinan multidimensi dalam era Covid-19. Sinar Harian. Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/83964/KHAS/Pendapat/Kemiskinan-multidimensi-dalam-era-Covid-19

Azizi, M.A.Q. (2020, 22 Mac). Puisi buat wira, wirawati negara ‘berperang’ hadapi Covid-19, ilham selepas rakan dijangkiti – “Tapi masih ada yang degil, ingkar perintah”. mStar. Dicapai daripada https://www.mstar.com.my/xpose/figura/2020/03/22/puisi-kepada-wira-wirawati-negara

Buheji, M., Cunha, K.D.C., Beka, G., Mavric, B., de Souza, Y.L.D.C, Silva, S.S.D.C, Hanafi, M., & Yein, T.C. (2020). The extent of covid-19 pandemic socio-economic impact on global poverty. A global integrative multidisciplinary review. American Journal of Economics, 10(4), 213-224.

Davita, R. (2005). Human and literature. London: Styles.

Dawood, S.R.S., Ramli, M.W., & Som, S.H.M. (2020). Daya tahan warga emas dalam era pandemik: Satu tinjauan awal sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Malaysia. GEOGRAFI, 8(2), 110-128.

Fischer, F., Raiber, L., Boscher, C., & Winter, M.H.J. (2020). COVID-19 and the elderly: Who cares?. Frontiers in Public Health, 8(151), 1-3.

Hamid, M.N.S., Ali, R.M., & Ramli, M.W. (2020). Pandemik dalam karya sastera: Ceritera kehidupan manusia. In Hassan, A.F.M, Alimi, K.F., Mutalib, M.A., Yahya, M.A., & Ibrahim, M.Z.T (Eds.), e-Prosiding NARADATA 2020: Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik (pp. 191-201). Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah: Universiti Utara Malaysia.

Hashim, R. (2020, 30 April). PKP jangan sampai celaru mental. Sinar Harian. Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/81260/ANALISIS-SEMASA/PKP-jangan-sampai-celaru-mental

Ibrahim, Z. (2020, 23 Mac). Tidak boleh keluar rumah, keluarga B40 berhimpit sebumbung. The Malaysian Insight. Dicapai daripada https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/231074

Inter-Agency Standing Committee. (2020). “Engkaulah Adiwiraku”. Dicapai daripada https://interagencystandingcommittee.org/system/files/2020-05/My%20Hero%20is%20You%2C%20Storybook%20for%20Children%20on%20COVID-19%20%28Bahasa%20%20Malay%29.pdf

Junaidi, R., Ali, T.I.M.T.M., & Mamat, M. (2020). Pandemik COVID-19 dalam persekitaran kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45.

Miscon, S.N.Z. (2020, 18 November). 266 kes bunuh diri semasa PKP, faktor tertinggi disebabkan beban hutang. Malaysia Dateline. Dicapai daripada https://malaysiadateline.com/266-kes-bunuh-diri-semasa-pkp-faktor-tertinggi-disebabkan-beban-hutang/

Muzafar, P.M.M., & Kunasekaran, T. (2020). Three major threats – money, food and living conditions. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.

Pauzi, H.M. (2017). Konsistensi matlamat dan objektif Program Perumahan Kos Rendah dengan keperluan perumahan kumpulan sasar. The Malaysian Journal of Social Administration, 9(1), 87-106.

Ramli, M.W., Dawood, S.R.S., & Som, S.H.M. (2019). Cabaran hidup miskin dalam kalangan komuniti nelayan di Tanjung Dawai, Kedah. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 15(1), 54-66.

Saiful Ghazali. (2020). “Kuncitara”. SelangorKini. Dicapai daripada https://selangorkini.my/2020/04/kuncitara/

Satibi, Z. (2019, 23 Jun). Bela 40 haiwan di rumah. myMetro. Dicapai daripada https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2019/06/467987/bela-40-haiwan-di-rumah

Selamat, M.N., Ibrahim, F., Nen, S., Sarnon, N., Subhi, N., Shaari, A.H., Sannusi, S.N., & Rahman, Z.A. (2018). Keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(4), 115-126.

Sharif, Z., & Mohamad Roslan, N. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counselling, 1(7), 115-140.

Sinar Harian. (2020, 13 April). Korban Covid-19 diramal melebihi mangsa Perang Dunia. Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/78654/KHAS/Covid-19/Korban-Covid-19-diramal-melebihi-mangsa-Perang-Dunia

Sipalan, J. (2020, 25 Januari). Malaysia confirms first cases of coronavirus infection. Reuters. Dicapai daripada https://fr.reuters.com/article/us-china-health-malaysia-idCAKBN1ZO065

Sukumaran, T. (2020, 16 Mac) “Coronavirus: Malaysia in partial lockdown from March 18 to limit outbreak. South China Morning Post. Dicapai daripada https://www.scmp.com/week-asia/health-environment/article/3075456/coronavirus-malaysias-prime-minister-muhyiddin-yassin

Tahir, U.M.M. (2006). Pemahaman dan penerapan sosiologi sastera dalam sastera Melayu moden. Akademika-Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 69(1), 3-16.

The Malaya Post. (2020, 21 Mac). Sajak untuk wira dan wirawati negara Covid-19 – Cikgu Teo. Dicapai daripada https://www.themalayapost.my/sajak-untuk-wira-dan-wirawati-negara/

Tunggak, B., Ngadi, S., & Naim, H.A. (2015). Delinkuen pelajar dan cadangan penyelesaiannya menerusi model pembangunan sahsiah remaja/pelajar muslim bersepadu. Jurnal Hadhari, 7(2), 11-30.

Wellek, R. (1988). Theory of Literature. London: Harcourt Brace Jovanovich.

World Health Organization. (2020, 11 Mac). WHO Director-General`s Opening remarks at the media briefing on COVID-19. Dicapai daripada https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020

World Health Organization (2021). WHO Coronavirus Disease (COVID-19) Dashboard. Dicapai daripada https://covid19.who.int/

Yahaya, N., & Norlela, M.N. (1993). Kesejahteraan remaja di rumah pangsa: Tumpuan kepada penggunaan ruang untuk belajar dan aktiviti sosial. Pendidik dan Pendidikan, 12, 92-102.

Yusof, N. (2019). Faktor penyumbang kepada tekanan perumahan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah di Pulau Pinang. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 26(1), 143-171.
Published
2021-02-07
How to Cite
Shahul Hamid, M. N., Md Ali, R. and Ramli, M. W. (2021) “Impak Perintah Kawalan Pergerakan terhadap Golongan Miskin: Satu Analisis Cerpen ‘Kuncitara’”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), pp. 1 - 8. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.645.
Section
Articles