Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah Rendah

  • Othaya Kumaran Kandasamy Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Al-Amin Mydin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Abdul Ghani Kanesan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Keywords: pendidikan kesenian, eksperimen, model STAD, model Needham

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan kaedah pengajaran Needham, STAD (Student Team Achievement Division) dan Konvensional berpandukan Modul Pendidikan Kesenian tahun empat terhadap pencapaian hasil kerja seni dan minat murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kuasi eksperimen dengan membahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan eksperimen 1 diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model Needham. Kumpulan eksperimen 2 diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model STAD. Manakala kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Ketiga-tiga kumpulan ini diajar berpandukan Modul Pendidikan Kesenian tahun empat. Kajian ini melibatkan 92 orang murid tahun empat dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kuala Muda, Yan negeri Kedah. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini ialah rancangan pengajaran model Needham, model STAD dan konvensional. Selain itu, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik minat juga digunakan. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian ANCOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen 1 yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran Needham menunjukkan peningkatan min skor pencapaian hasil kerja seni secara signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen 2 yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran model STAD dan kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Selain itu, minat murid kumpulan eksperimen 1 terhadap mata pelajaran pendidikan kesenian menunjukkan min skor yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Akhir sekali, kajian ini memberikan implikasi yang jelas terhadap peningkatan pencapaian hasil kerja seni dan minat murid tahun empat di SJKT dalam mata pelajaran pendidikan kesenian.

Statistics
Abstract views: 314 , PDF downloads: 194

Downloads

Download data is not yet available.

References

Altun, S. (2015). The effect of cooperative learning on students’ achievement and views on the science and technology course. International Electronic Journal of Elementary Education, 7(3), 451–468.

Arihasnida Ariffin, Noridah Hasnan, Normah Zakaria, Siti Nur Kamariah Rubani & Norhasyimah Hamzah. (2020). Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima Fasa bagi Topik Konkrit. Online Journal for TVET Practitioners. 5(2), 63-70.

https://doi.org/10.30880/ojtp.2020.05.02.008

Bavani Somasudram., & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Malay Language Education Journal, 7(1), 2180-4842.

Chan, K. W. (2014). Cooperative learning in a Hong Kong primary school: perceptions, problems and accommodation. Intercultural Education, 25(3), 216–228. https://doi.org/10.1080/14675986.2014.911805

Dick W, Carey L. (1996). The Systematic Design Of Instruction. (4th Ed.). New York: Harper Collins College Publishers.

Gull, F., & Shehzad, S. (2015). Effects of Cooperative Learning on Students’ Academic Achievement. Journal of Education and Learning (EduLearn), 9(3), 246. https://doi.org/10.11591/edulearn.v9i3.2071

Iyer, R. B. (2013). Relation between Cooperative Learning and Student Achievement. International Journal of Education and Information Studies., 3(1), 21–25.

Jasin, Z & Shaari, A. S. (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2018). Pendidikan Kesenian Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malar, M. (2013). Kesan Kaedah STAD Terhadap Ketekalan Pengetahuan Sejarah Dan Kemahiran Sosial Murid Tingkatan Dua Malar. Seminar Pendidikan Sejarah Dan Geografi UMS, 2013, 29–30.

Ocampo, R. O., & Bascos-Ocampo, R. (2015). Effectiveness of Students’ Team Achievement Division on Students’ Attitude Towards Physics. Asia Pacific Journal of Multidisciplinary Research, 3(4), 112–117. Retrieved from http://www.apjmr.com/wp-content/uploads/2015/10/APJMR-2015-3.4.3.14.pdf

Pavlou, V., & Kambouri, M. (2007). Puplis’ Attitudes Towards Art Teaching in Primary School : An Evaluation Tool. Studies in Educational Evaluation, 33, 282–301.

Robert E. Slavin. (2015). Cooperative learning in elementary schools. Education., 3-13. https://doi.org/10.1080/03004279.2015.963370

Syamsul Nor Azlan., M. (2011). The instructional material blended with Needham 5 phases strategy in teaching visual art education. Education and Educational Technology, 7-15.

Tran, V. D. (2014). The Effects of Cooperative Learning on the Academic Achievement and Knowledge Retention. International Journal of Higher Education, 3(2), 131–140. https://doi.org/10.5430/ijhe.v3n2p131

Tran, V.D. (2013). Effects of Student Teams Achievement Division (STAD) on Academic Achievement, and Attitudes of Grade 9th Secondary School Students towards Mathematics. International Journal of Sciences, 2(04), 5–15. Retrieved from http://www.ijsciences.com

Van Wyk, M. M. (2012). The effects of the STAD-Cooperative Learning Method on student achievement, attitude and motivation in economics education. Journal of Social Sciences, 33(2), 261–270.

Vaughan, W. (2002). Effects of cooperative learning on achievement and attitude among students of color. Journal of Educational Research, 95(6), 359–364. https://doi.org/10.1080/00220670209596610

Zainun Ismaon, Zanaton Iksan, & Norziah Othman. (2013). Kesan Pembelajaran Koperatif Model STAD Ke Atas Sikap Terhadap Matematik. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(1), 11–18.
Published
2021-08-10
How to Cite
Kandasamy, O. K., Mydin, A.-A., Kanesan, A. G. and Mohamed Ismail, S. A. M. (2021) “Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah Rendah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), pp. 162 - 172. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.942.
Section
Articles