Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah

  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Azri Ibrahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Madiyem Layapan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: pilihan raya kecil Sandakan, demokrasi, senario politik semasa, Sabah

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara merdeka telah melaksanakan prinsip sistem politik demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1955. Pilihan Raya Umum pada tahun 2018 merupakan PRU ke-14 (PRU-14) telah dilaksanakan di Malaysia. Pada PRU tersebut, sebanyak 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN telah dipertandingkan di negeri Sabah. Pilihan raya ini telah mencipta sejarah apabila gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan parti Barisan Nasional yang menjadi pemerintah sejak Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sehubungan itu, selepas PRU-14 arena politik negara telah diwarnai dengan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Sungai Kandis, Balakong dan Semenyih serta pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen seperti di Cameron Highland, Port Dickson dan Sandakan. PRK bagi P186 Sandakan merupakan pilihan raya kecil yang kelapan diadakan sejak PRU- 14. PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen Sandakan iaitu Datuk Wong Tien Fatt akibat serangan jantung. Bagi mengisi kekosongan kerusi P186 Sandakan ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen Sandakan supaya diadakan pada 11 Mei 2019 selepas proses penamaan calon selesai pada 27 April 2019. PRK Sandakan ini melibatkan pertandingan 5 penjuru iaitu diantara calon DAP, PBS dan calon bebas. Artikel ini bertujuan membicangkan pola pengundian dalam PRK Sandakan serta menganalisis senario politik negara pasca PRU-14 berdasarkan pengamatan keatas PRK bagi P186 Sandakan dengan menumpukan kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik. Melalui penjelasan khusus tentang pola pengundian pasca PRU-14 ini maka adalah diharapkan artikel ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihanraya semasa di Malaysia secara umumnya dan di Sabah secara khususnya, agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar.

Statistics
Abstract views: 23 , PDF downloads: 17

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-05-17
How to Cite
Ationg, R., Ibrahim, M. A., Esa, M. S. and Layapan, M. (2020) “Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), pp. 60 - 71. Available at: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/400 (Accessed: 6June2020).
Section
Articles