Kelestarian Pakatan Rakyat dalam Politik Malaysia: 2008 - 2015
Abstract
Pakatan Rakyat adalah parti gabungan pembangkang yang terbesar ditubuhkan pada 1 April 2008. Perbezaan ideologi politik dan perseteruan politik khususnya antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak menghalang mereka untuk bekerjsama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk satu gabungan politik. Walaupun menyedari akan perbezaan yang wujud antara mereka khususnya antara PAS dan DAP, mereka masih boleh terus bekerjasama hingga Pakatan Rakyat tersebut mencapai kejayaan terbesar dalam sejarah parti pembangkang di Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun 2013. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan bagi mengenalpasti strategi-strategi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam mengekalkan kelestarian bersama antara semua parti dalam gabungan tersebut. Seramai 17 orang informan yang terdiri daripada ahli politik PKR, PAS, DAP dan United Malay National Organisation (UMNO), golongan aktivis politik dan ahli akademik dalam bidang sains politik ditemubual bagi mendapatkan pemahaman mengenai strategi kelestarian kerjama ini. Hasil dapatan temubual menunjukkan bahawa kejayaan Pakatan Rakyat ini adalah disebabkan mereka mempunyai matlamat politik yang sama dan ketokohan kepimpinan. Berkongsi matlamat yang sama membolehkan semua pihak yang berbeza parti politik dan ideologi mampu mengenepikan perbezaan yang wujud demi mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama. Matlamat DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU-12 adalah untuk mewujudkan satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut dan seterusnya mereka berkongsi matlamat yang sama untuk menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan persekutuan pada PRU-13. Kesimpulannya, matlamat politik yang sama dan ketokohan pemimpin mampu membentuk kelestarian kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Downloads
References
Ali, M. A. M., Ismail, M. M., Yusof, A. R. M., Azzis, M. S. A., Tajari, A., & Zainudin, N. (2016). Integrasi parti dan pola pengundian. Kajian di Kuala Lumpur semasa pra-PRU ke 14. Research Journal of Social Sciences, 9(3): 66-77.
Besar, J. A., Fauzi, R., Ghazali, A. S., Abdullah, M. A., Ali, M., & Yusof, A. R. M. (2014). PRU 2013 di Malaysia: Suatu analisis ‘tsunami politik bandar’. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(4), 28-38.
Butterfoss, F., & Kegler, M. (2002). Toward a comprehensive understanding of community coalitions: Moving from practice to theory. In R. DiClemente, R. Crosby, & M. Kegler (Eds.), Emerging theories in health promotion practice and research. (pp. 157-193). San Francisco: Jossey Bass.
Chen, L. B. (2008). Bolehkah Pakatan tubuh kerajaan? Dicapai pada 24 November 2016 daripada https://www.malaysiakini.com/columns/83896.
Gelman, A. (2003). Forming voting blocs and coalitions as a prisoner's dilemma: A possible theoretical explanation for political instability. Journals in Economic Analysis & Policy, 2(1).
Grímsson, Ó. R. (1977). The Icelandic multilevel coalition system. Reykjavík: Félagsvísin-dadeild Háskóla Íslands.
Hamid, W. H. (2017). Pentingkah ideologi? Dicapai pada 23 Julai 2018, daripada https://www.roketkini.com/2017/03/21/pentingkah – ideologi/
Indridason, I. H. (2002). A theory of coalitions and clientelism: Coalition politics in Iceland, 1945 2000. European Journal of Political Research, 44(3), 439–464.
Mutalib, M. F. M. A., & Zakaria, W. F. A. W. (2015). Pasca Islamisme dalam PAS: analisis terhadap kesan Tahalluf Siyasi. International Journal of Islamic Thought (IJIT), 8, 52-60.
Omar, M. S. (2015). Kalau Anwar ke penjara, Pas akan bergaduh besar? Dicapai pada 20 November 2016, daripada http://msomelayu.blogspot.my/2015/02/kalau – anwar – ke – penjara – pas akan.html.
Samad, K. (2013). Waspada usaha pecahkan PR. Dicapai pada 24 November 2016, daripada http://www.khalidsamad.com/2013/06/waspada – usaha – pecahkan pr.html.
Strøm, K. W., & McClean, C. (2015). Minority Governments and Coalition Management. Conference on Institutional Determinants of Legislative Coalition Management, November 16-19.
Teik, K. B. (2016). Networks in pursuit of a “two – coalition system” in Malaysia: Pakatan Rakyat’s mobilization of dissent between reformasi and the tsunami. Politic Network in Malaysia, 5(1), 73-91.