Kelancaran Peralihan Kuasa Politik di Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Abstract
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 9 Mei 2018 merupakan satu detik peting dalam sejarah politik Malaysia. Barisan Nasional (BN) yang dahulunya dikenali sebagai Parti Perikatan merupakan parti tunggal yang memenangi pilihan raya umum semenjak tahun 1955 telah kalah buat pertama kalinya kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018. Penulisan ini ingin melihat berkenaan situasi peralihan kuasa politik yang berlaku dengan aman tanpa sebarang kekacauan. Dalam kebanyakan negara dunia ketiga, sering berlaku keganasan dan rusuhan setiap kali berlakunya peralihan kuasa. Namun situasi ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam situasi pilihan raya umum di Malaysia yang telah dijalankan sebanyak empat belas kali, hanya satu sahaja keputusan pilihan raya umum yang mengundang konflik iaitu pada tahun 1969 (Muhamad Nadzri & Nidzam, 2018). Namun, pada PRU-14 kuasa BN bukan hanya tergugat tetapi mereka hilang kedudukan sebagai kerajaan. Walaupun begitu tindak balas masyarakat dan penyokong parti-parti politik agak berlainan berbanding tahun 1969 dahulu. Penulisan ini menggunakan sumber-sumber sekunder bagi melihat tentang kunci peralihan kuasa yang berlaku secara aman di Malaysia pada 9 Mei 2018.
Downloads
References
Bernama. (5 Dis 2019). Proses peralihan kuasa aman, bukŕ amalan demokrasi Malaysia berjaya.
Dicapai pada 8 Januari 2021 daripada https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1796422
“Barisan Nasional coalition set to win another term”, (9 April 2008). Dicapai pada 15 April 2021 daripada http://country.eiu.com/article.aspx?articleid=386598022&Country=Malaysia&topic=Politics
Dashboard PRU-14 http://pru14.spr.gov.my/#!/home [12 Ogos 2018].
Free Malaysia Today. (14 Julai 2018). Report: 95% Chinese but less than 30% Malays voted for
PH. Dicapai pada 20Mac 2021 daripada
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/14/report-95-chinesebut-
less-than-30-malays-voted-for-ph/.
JA Besar. (2019) Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 220-232.
Hishamuddin Rais. (2013). Kenapa perlu ke jalan raya. Dicapai pada 18 Mei 2021 daripada https://www.malaysiakini.com/columns/233523
Kua Kia Soong. (2019). Days of Hope: Real Reform for ‘New’ Malaysia. Petaling Jaya: SUARAM.
Lee Kuok Tiung, Rizal Zamani Idris & Rafiq Idris, (2018). Propaganda dan disinformasi: politik persepsi dalam pilihan raya umum ke-14 (pru-14) Malaysia. Jurnal Kinabalu Edisi Khas PRU14 (Special Issue GE14). UMS.
Malaysiakini. (7 Feb 2021). ‘Dr Mahathir hanya kebetulan di tempat dan pada masa tepat’. Dicapai pada 15 Julai 2020 daripada https://www.malaysiakini.com/news/534457.
Muhamad Nadzri Mohamed Noor & Nidzam Sulaiman, (2018). Mitos dan Realiti Dalam Situasi Hubungan Sosial di Awal Era Transisi Malaysia Baharu: Satu Perbahasan. (Buku Prosiding International Colloquium on Integration Platform: Binding Differences and Diversity: Akal Budi Alam Melayu (ICIP2018)). Institut Kajian Etknik UKM.
Muhammad Ariff Asyrul Adnan & Sity Daud, (2018). Manifesto Barisan Nasional dan kejatuhan Najibnomics dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies,45(2), 343-366
Muhamad Takiyuddin Ismail & Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2018). Revolusi Senyap 9 Mei 2018. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 45(2) 161-185.
Mohd Sohaimi Esa, Mohd Azri Ibrahim, Abang Mohd. Razif Abang Muis & Romzi Ationg, (2020). Menyingkap Polemik Peralihan Kuasa Secara Luar Biasa Mengikut Perspektif Demokrasi Berparlime. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 43 - 53.
Moniruzzaman, M.D. & Farzana, K.F. (2018). Malaysia’ 14th general election: End of an epoch, and beginning of a new? Intellectual Discourse, 26, 1.
Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2018, August). The emergence of new politics in Malaysia revisited.
The Eleventh International Malaysian Studies Conference (MSC11). Langkawi, Kedah.
Sarawakvoice.com. (11 Nov 2020). Peralihan kuasa secara aman satu penghormatan kepada rakyat
dan pemimpin Malaysia – Menon. Dicapai pada 5 Januari 2021 daripada
https://sarawakvoice.com/2018/08/18/peralihan-kuasa-secara-aman-satu-penghormatan-kepada-rakyat-dan-pemimpin-malaysia-menon/
Zurairi AR, GE14 results: How it went so wrong for pundits, 2018