Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR

  • Mageret Lo Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Ruhizan M. Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Penglibatan ibu bapa, PdPR, Bahasa Melayu, Motivasi, Murid SJKC

Abstract

Motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah penglibatan ibu bapa dan komuniti. Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC semakin mencabar dan menjadi kebimbangan ramai pihak kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19. PdPR yang dilaksanakan sebagai pembelajaran alternatif bagi keberlangsungan proses pendidikian di negara kita memerlukan kerjasama, sokongan dan penglibatan ibu bapa kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan ibu bapa dan komuniti serta hubungannya dengan motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Seramai 197 orang murid Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Sarikei yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti sepanjang PDPR (M=3.40, SP=0.76) dan tahap motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang PdPR (M=3.53, SP=0.77 berada di tahap sederhana. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan motivasi pembelajaran Bahasa Melayu murid SJKC (r=-0.79, p=0.00). Implikasi kajian ini memberi maklum balas kepada pihak sekolah agar menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC ke arah meningkatkan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahman, I., & Ramli, A. A. (2021). Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 1-13. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043

Abdullah, F. N. P., & Awang, M. (2018). Kolaborasi Komuniti dalam Penambahbaikan Sekolah: Satu kajian kes di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. http://repo.uum.edu.my/id/eprint/24692/

Akta Pendidikan (1966). Akta 550. Undang-Undang Malaysia Cetakan Semula (sebagaimana pada 1 Januari 2012). Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. https://web.archive.org/web/20210117155752/http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20550.pdf

Ahmad Saifudin, N. H., & Hamzah, M. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Ani Endriani. (2016). Hubungan Perhatian Orang Tua dengan Motivasi Belajar pada Siswa Kelas VIII Smpn 6 Praya Timur Lombok Tengah Tahun Pelajaran 2015/2016. Jurnal Bimbingan dan Konseling, 1(6). https://doi.org/10.33394/realita.v1i2.708

Cheah, W., & Amir, R. (2020). Penghargaan Kendiri dan Motivasi Pencapaian terhadap Pencapaian Bahasa Inggeris Murid. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(1), 216-234. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/8498.

Chew, F. P., & Lee, T. L. (2009). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Cina dan Melayu di Kuala Terengganu. 2nd International Conference Issues in Language Teaching and Learning amongst Non-Native Speaker: Language Competence and Performance. 2-3 Disember, UiTM, Shah Alam.

Connors, L. J., & Epstein, J. L. (1994). Taking Stock. Views of Teachers, Parents, and Students on School, Family, and Community Partnerships in High Schools. Report No. 25. https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED380524.pdf

Daud, S. H. S., Yunus, N., & Yusof, H. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Penyeliaan Berkesan. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(3), 50-61. https://juku.um.edu.my/article/view/8227

Epstein, J.L. (2001). School, Family, And Comunity Patnerships Preparing Educators and Improving Schools, Westview Press 2001, Colarado, USA. https://eric.ed.gov/?id=ED454322

Epstein, J. L.; Sanders, Mavis G.; Simon, Beth S.; Salinas, Karen Clark; Jansorn, Natalie Rodriguez; Van Voorhis, Frances L. (2002). School, Family, and Community Partnerships: Your Handbook for Action. Second Edition. Corwin Press, Inc, California, USA. https://www.govinfo.gov/content/pkg/ERIC-ED467082/pdf/ERIC-ED467082.pdf

Gardner, R. C. (1985). Social Psychology and Second Language Learning: The Role of Attitudes and Motivation. London: Edward Arnold.

Hwa, O. C., & Subramaniam, V. L. (2016). Tahap Motivasi Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Ulum Islamiyyah Journal, 18, 115-130. https://www.coursehero.com/file/50718285/6-ulum-islamiyyah-18pdf/

Hwa, O. C., & Subramaniam, V. (2017). Faktor Timbulnya Pengaruh Bahasa Pertama dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. 'Ulum Islamiyyah: The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 20, 35-45. https://doi.org/10.33102/uij.vol20no0.39

Ibrahim, R. (2017). Faktor Dalaman dan Luaran yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Melayu Murid-Murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim, R., & Mahamod, Z. (2017). Faktor Dalaman yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Melayu Murid Cina. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII (2017), 7-18. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/2-roasharimah-ibrahim-zamri-mahamod.pdf

Jaafar, W. N. W., & Maat, S. M. (2020). Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 39-48. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.1.5.2020

Kamoo, G., & Salleh, N. M. (2017). Pengaruh Struktur Keluarga dan Stail Keibubapaan terhadap Pencapaian Akademik Murid India di Sekolah Menengah Rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 44-53. http://mjs.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8063

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Penglibatan Ibu Bapa, Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. https://www.moe.gov.my/en/pekeliling/1934-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-1-tahun-2018-garis-panduan-penglibatan-ibu-bapa-penjaga-dan-komuniti-sebagai-sukarelawan-di-dalam-kelas/file

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah-2019/file

Khalid, M. (2016, September 25). Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Sekolah Perlu Dipertingkat. mstar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/09/25/penglibatan-ibu-bapa-perlu-dipertingkat

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30 (3), 607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Mahad, I., Magesvaran, U., & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 11(1), 16-28. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/69

Mahamod, Z., Ab. Ghani, K. A., & Mohamad, W.M.R.W. (2016). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51. http://journalarticle.ukm.my/9865/1/107-211-1-SM.pdf

Mahamod, Z., & Rahman, A. A. (2020). COVID-19: Impak dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahamod, Z., Mazlan, R., Amin, N., & Rahman, M. Z. A. (2021). Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Murid-Murid B40 dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 40-62. http://journalarticle.ukm.my/9865/1/107-211-1-SM.pdf

Mahamud, I. Y. (2017). Penglibatan Ibu Bapa dalam Aktiviti Pembelajaran di Rumah dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Universiti Putra Malaysia. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70726/1/FPP%202017%2017%20IR.pdf

Majid, M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pejabat Perdana Menteri. (2019). Dasar Pendidikan Kebangsaan/Pejabat Perdana Menteri. Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1-3. https://www.pmo.gov.my/?s=dasar+pendidikan+kebangsaan

Mazlan, R., Amin, N., Rahman, M. Z. A., & Mahamod, Z. (2020). Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid B40 dari Perspektif Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 54-73. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/239

Nahar, N. (2018). Tahap Profesiensi Bahasa Melayu dan Hubungannya dengan Status Sosioekonomi, Motivasi Belajar dan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Tesis PhD Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Ngumbang, N., & Mahamod, Z. (2017). Sikap, Minat dan Motivasi Murid Melanau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 47-58. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.5.2017

Pfenninger, S.E., & Singleton, D. (2019). Starting Age Overshadowed: The Primacy of Differential Environmental and Family Support Effects On Second Language Attainment in an Instructional Context. Journal of Research in Language Studies, . 69:S1, 207–234. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/lang.12318

Polai, A., & Mahamod, Z. (2021). Pengaruh Bahasa Melanau Dalat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun Dua. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 174-182. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13510.

Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). Penglibatan Ibu Bapa dalam Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Tamil Di Selangor. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 308- 323. https://doi.org/10.33306/mjssh/24

Razali, S. K. M., & Azman, N. (2021). Pembelajaran dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19: Faktor Akses Internet dan Sosioekonomi terhadap Motivasi Pelajar Kolej Komuniti, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), 1-14. https://10.47405/mjssh.v6i11.1162

Rohanizan Mohammad. (2018). Gejala Sosial di Kalangan Remaja. https://www.academia.edu/12537670/GEJALA_SOSIAL_DI_KALANGAN_REMAJA

Selvanathan, M., Hussin, N. A. M., & Azazi, N. A. N. (2020). Students Learning Experiences During COVID-19: Work From Home Period In Malaysia Higher Learning Instititions. Journal SAGE, 10(11), 1-10. https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0144739420977900

Som, M. F. M., Ali, S. K. S., Jamaluddin, S., & Baharan, M. F. M. (2021). Tahap Amalan Penaakulan Pedagogi Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah Dari Aspek Kefahaman Dan Transformasi: Satu Kajian Di Daerah Klang, Selangor. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 9(1). https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/28817/12899

Termize, M. F., Mohd, R., & Zamri, A. (2021). Tahap Sokongan Ibu Bapa dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 di Sekolah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], 3(1), 707-717. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12965.

Ujai, D.S., & Mohamad, W.M.R.W. (2017). Pengaruh Faktor Sosial dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74-84. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/135

Zubir, M. U., Kamaruddin, R., & Sha’ri, S. N. (2019). Motivasi dan Sikap Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tingkatan Satu (Junior One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3(1), 82-91. http://kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/313/269.

Zuki, K. N. M., & Mohamad, W.M.R.W. (2017). Sikap dan Motivasi Murid Bajau Daerah Beluran dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1). 24-33. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/129

Published
2022-04-10
How to Cite
Lo, M. and M. Yasin, R. (2022) “Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), p. e001426. doi: 10.47405/mjssh.v7i4.1426.
Section
Articles