Kesan Norma Baharu Terhadap Pengguna dari Aspek Aktiviti Sosial

  • Nur Amirah Adibah Norashikin Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Nur Izzati Jaafar Sidek Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Nur Ainiza Johari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Mohamad Izzuan Mohd Ishar Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Keywords: COVID-19, aktiviti sosial, masyarakat

Abstract

Kajian berkaitan COVID-19 merupakan kajian yang baharu dan mula dikaji oleh para penyelidik pelbagai bidang di seluruh dunia bermula pada tahun 2020. Sehubungan itu, bidang sosiologi yang merangkumi aspek kemasyarakatan menjadi masalah kajian dalam penulisan ini. Kaedah kuantitatif digunakan untuk membincangkan dan menganalisis isu penularan wabak pandemik COVID-19 dalam lingkungan sosiologi masyarakat Malaysia yang mementingkan aktiviti sosial manusia. Penularan wabak pandemik COVID-19 ini mengakibatkan masyarakat terbatas untuk melakukan aktiviti sosial dan menjadi norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk menganalisis kesan COVID-19 dan membincangkan kes COVID-19 dari sudut aktiviti sosial dalam sosiologi masyarakat Malaysia yang serba baharu ini. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan penurunan kadar kes COVID-19 di Malaysia dipengaruhi oleh tingkah laku sosial masyarakat Malaysia terhadap pematuhan sepanjang PKP ini dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan norma baharu masyarakat dari segi aktiviti sosial. Kajian ini dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian kepada masyarakat setempat. Hasil dapatan kajian yang ditunjukkan membuktikan kesan yang dihadapi oleh masyarakat dalam menghadapi norma baru untuk melakukan aktiviti sosial seperti biasa.

Statistics
Abstract views: 511 , PDF downloads: 375

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adnan, H., & Adnan, W. Z. W. (2020). Impak Pandemik COVID-19: Kajian keberkesanan proses pendaftaran pelajar dan hari suai kenal pelajar baharu sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). ANP Journal of Social Science and Humanities, 1(1), 1-6.

Aziz, A. R. A., Sukor, N. M., & Ab Razak, N. H. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research, 2(4), 156-174.

Basir, N., Ab Rahim, I. S., & Halim, M. Z. A. (2020). Analisis tingkah laku sosiologi masyarakat berasaskan teori interaksionisme melalui perangkaan data kes COVID-19 di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 11-30.

Jaafar, N. F., Zain, A., & Eshak, Z. (2020). Peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 52-60.

Rashid, S. M. R. A., & Hassan, F. (2020). Amalan dan penglibatan peniaga kecil melalui perniagaan digital semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. GEOGRAFI, 8(2), 1-20.
Published
2021-03-08
How to Cite
Norashikin, N. A. A., Jaafar Sidek, N. I., Johari, N. A. and Mohd Ishar, M. I. (2021) “Kesan Norma Baharu Terhadap Pengguna dari Aspek Aktiviti Sosial”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), pp. 159 - 170. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.702.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)