Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19

  • Nurhana Sabri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Suziyani Mohamed Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, Persepsi, Cabaran, Covid-19

Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada sistem pendidikan di Malaysia. Tenaga guru, murid dan sekolah paling terkesan apabila proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dapat berlangsung ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru itu, pihak kementerian telah memperkenalkan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau Home-Based Learning (HBL). Antara pendekatan pembelajaran merangkumi pembelajaran dalam talian, pembelajaran luar talian atau pembelajaran di lokasi komuniti. Kajian berbentuk kajian tinjauan dijalankan bertujuan meneroka persepsi dan cabaran guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan HBL. Responden dipilih secara rawak adalah 36 orang guru prasekolah di negeri Melaka. Borang soal selidik elektronik telah diagihkan kepada guru untuk dijawab menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp. Hasil kajian mendapati guru bersedia dengan pelaksanaan pendekatan HBL. Namun begitu, guru masih perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pedagogi dalam penyampaian pengajaran pendekatan HBL dan berusaha mengatasi cabaran dalam pelaksanaannya. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak kementerian dan pihak pentadbir untuk merancang pembelajaran di peringkat prasekolah dengan lebih berkesan memandangkan tumpuan dan tahap kognitif murid prasekolah adalah berbeza dengan murid arus perdana dengan menggunakan teknologi pendidikan sedia ada.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Che Azizan, S.N.B & Mohd Nasri, N.F. (2020). Pandangan Guru terhadap Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Home Based Learning (HBL) Semasa Tempoh Pandemik COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Dumford, A.D. & Miller, A. L. (2018). Online Learning in higher education: Exploring advantages and disadvantages for engagement. Journal Computer High Education, 30, 452-462.

Darussalam, G. & Husin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2016). Statistics For The Behavioral Sciences. Cengage Learning.

Greenberg, J. A., Schwarz, E., Paige, J., Dort, J., & Bachman, S. (2021). At-Home Hands-on Surgical Training During Covid 19: Proof of Concept Using a Virtual Telementoring Platform. Surgical Endoscopy, 35(5), https://doi.org/10.1007/S00464-021-08470-6.

Irfan, F. & Iman, H.S.K. (2020). Teachers’ Elementary School in Online Learning of COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), 58-70.

Jidin, R. (2020). Teks ucapan Sidang Media Pembukaan Semula Sekolah bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam; 1 Julai 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Lapada, A. A., Miguel, F. F., Robledo, D.A.R. & Alam, Z.F. (2020). Teachers’ Covid-19 Awareness, Distance Learning Education Experiences and Perceptions Towards Institutional Readiness and Challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), 127-144.

Lee, Y.T., Shu, S. L. & Ramachandran, K. (2021). Implementation of Online Home-Based Learning and Students’ Engagement During the COVID-19 Pandemic: A Case Study of Singapore Mathematics Teachers. Asia-Pacific Edu Res, 30(3), 299– 310.

Lubis, M. A., Kamis, M. S., MPd, Z., Usiono, M. A., Taib, S. H., & Ikwan, Lubis SE, M. M. I. (2021). Isu terkini Pendidikan Islam di era pandemik Covid 19 di Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (Acer-J), 4(1), 75-91.

Mailis, M. I. (2021). Pandangan dan Cabaran Guru Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Pandemik Covid-19. Jurnal Ilmi, 11, 14-15.

Misty, S. S. W. C. (2020). The Reality of Home-Based Learning During Covid 19. Journal of School Administration Research and Development, 5(2), 86-92.

Mohalik, R. & Suparna, S.S. (2020). E- Readiness and Perception of Student Teachers Towards Online Learning in the Modst of Covid-19 Pandemic. Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/343520209_EReadiness_and_Perception_of_ Student_Teachers'_Towards_Online_Learning_in_the_Midst_of_COVID- 19.

Mustapa, N. N. & Norman, H. 2022. Literasi digital guru prasekolah semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 186-197.

Pusparini, F., Riandi, R., & Sriyati, S. (2017). Developing Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) in Animal Physiology. Journal of Physics: Conference Series, 895(1).

Rasmitadila, Aliyyah, R.R., Rachmadtullah, R., Samsudin, A., Syaodih, E., Muhammad Nurtanto & Suryanti Tambunan, A.R. (2020). The Perceptions of Primary School Teachers of Online Learning During the COVID-19 Pandemic Period: A Case Study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural Studies, 7(2), 90-109.

UNICEF Malaysia. (2020). Understanding The Impact Of Covid-19 On Vulnerable Children & Families In Malaysia Social Service Workers Share Their Experience, Perspectives And Recommendations For The Future. UNICEF Malaysia.

Published
2023-01-31
How to Cite
Sabri, N. and Mohamed, S. (2023) “Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), p. e002076. doi: 10.47405/mjssh.v8i1.2076.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)